> PERAK > Mahasiswa UPSI raikan golongan Sindrom Down
Mahasiswa UPSI raikan golongan Sindrom Down
WARTAWAN KAMPUS UOLS Isnin | 8 April 2019

TANJUNG MALIM – Seramai 32 murid-murid dari sekolah dan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) yang menghidap Sindrom Down dari daerah Batang Padang diraikan dalam satu majlis sambutan Hari Sambutan Sindrom Down Sedunia 2019 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Antara PDK yang terlibat adalah Sekolah Menengah Khir Johari, Sekolah Kebangsaan Ulu Bernam, Sekolah Menengah Behrang 2020, Sekolah Kebangsaan Tanjong Malim, Sekolah Kebangsaan Kuala Kubu Baru, dan Sekolah Kebangsaan Ampang Pecah.

Antara aktiviti yang dijalankan dalam program Hari Sindrom Down di UPSI.

Dekan Fakulti Pembangunan Manusia (FPM), UPSI, Profesor Madya Dr. Abdul Rahim Razalli berkata, program ini bertujuan memberi sokongan sepenuhnya kepada golongan itu sekaligus meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap hak dan kesejahteraan kepada golongan tersebut.

Tambah beliau, pihak fakulti akan terus menyambut hari-hari yang berkaitan dengan golongan orang kurang upaya ini untuk meraikan mereka khususnya kepada ibu bapa yang mempunyai anak istimewa dan guru-guru yang mengajar.

Murid PDK menghidap Sindrom Down rakam kenangan bersama-sama penuntut UPSI.
“Saya berharap aktiviti bersama guru-guru dan pelajar fakulti khususnya dalam bidang pendidikan khas dapat diterjemahkan kemahiran-kemahiran dan ilmu yang mereka pelajari dalam bentuk teori dapat diaplikasikan kepada kanak-kanak istimewa dari aspek sosial, dan emosi,” katanya semasa merasmikan majlis yang diadakan di blok 9, FPM.

Dalam program bertema Leave No One Behind’ anjuran Persatuan Pendidikan Khas dengan kerjasama Brainscience, Persatuan Psikologi, Persatuan Kaunseling dan Persatuan Pendidikan Awal Kanak-kanak itu pelbagai aktiviti menarik telah diadakan antaranya Bubble Walk, Mini Sukaneka, Fashion Show, Performance Dance, dan pameran oleh PDK.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...