> PERAK > UPSI raikan mahasiswa orang asli
UPSI raikan mahasiswa orang asli

TANJUNG MALIM - Seiring dengan hasrat Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang mahu memastikan budaya dan adat resam masyarakat dalam negara dikekalkan, dan dikongsikan bersama, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengambil inisiatif menubuhkan Persatuan Masyarakat Orang Asli (PERMOA) bagi mewujudkan semangat perpaduan dan saling hormat menghormati dalam kalangan warga UPSI.

Penubuhan PERMOA juga merupakan landasan bagi mahasiswa dari kalangan Orang Asli untuk mengetengahkan kebudayaan dan adat resam mereka sekaligus dapat meneguhkan jati diri golongan ini dalam membina sahsiah pelajar yang cemerlang.

Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr. Mohammad Shatar (tiga, kiri) melakukan gimik perasmian PERMOA.

Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran meluahkan rasa bangga terhadap persatuan tersebut kerana ia merupakan satu-satunya persatuan yang diwujudkan dalam kalangan universiti awam.

Menurut beliau, jumlah ahli persatuan tersebut di UPSI telah meningkat sebanyak dua kali ganda sejak ianya ditubuhkan pada tahun 2016 dan kini, telah mencapai 50 orang ahli.

“Saya berharap agar persatuan ini dapat memainkan peranan yang sangat penting bagi memastikan kewujudan masyarakat orang asli supaya impaknya dapat dirasai oleh masyarakat orang asli yang lain.
“Saya akui bahawa prestasi masyarakat orang asli di Malaysia masih agak ketinggalan. Oleh itu, persatuan inilah yang bertanggungjawab untuk memastikan mereka maju ke hadapan, selari dengan agenda kita iaitu menjadi universiti pendidikan nombor 1,” katanya pada Majlis Perasmian Hari Kebudayaan Dan Kesenian Masyarakat Orang Asli yang diadakan di Atrium, Bangunan IPSI, UPSI.
Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr. Mohammad Shatar (tiga, kiri) merakam kenangan bersama-sama ahli PERMOA.

Turut diadakan pameran dan jualan kraftangan oleh pengusaha-pengusaha orang asli, bengkel anyaman dan produk kraftangan, serta persembahan kebudayaan oleh mahasiswa PERMOA.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...