> > UniSZA universiti pertama lancar sistem daftar aset wakaf
UniSZA universiti pertama lancar sistem daftar aset wakaf
MEDIA UniSZA Isnin | 8 April 2019

KUALA NERUS – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) melangkah setapak lagi dalam pengurusan wakaf pendidikan apabila melancarkan sistem daftar aset wakaf UniSZA dan menjadi institusi pendidikan pertama di Malaysia yang memperkenalkan inisiatif ini.

Naib Canselor UniSZA, Prof Datuk Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata, sistem itu merupakan satu pangkalan data yang lengkap, tepat dan terkini berkaitan sumbangan wakaf dalam bentuk bukan tunai.

“Dengan adanya sistem ini, ia memudahkan pengesanan dan pemantauan aset wakaf untuk memelihara kelestarian sifat, bentuk dan kebolehgunaannya.

“Dalam masa yang sama, sistem ini memudahkan penyelenggaraan, penggantian, pelupusan dan hapus kira sesuatu aset wakaf,” katanya pada majlis pelancaran bersempena program Munaqasyah Ilmu Pengurusan Wakaf Pendidikan anjuran Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Pejabat Wakaf dan Endowmen UniSZA dan Pusat Islam UniSZA.

Menurut Prof Hassan, inisiatif itu bertitik tolak dari kesukaran yang dihadapi oleh pihak pengurus wakaf dalam pengurusan aset wakaf yang jelas sekali berbeza dengan pengurusan aset bukan wakaf, sekali gus memelihara amanah daripada pihak pewakaf.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...