> > Calon Matrikulasi boleh semak keputusan pada 12 April ini
Calon Matrikulasi boleh semak keputusan pada 12 April ini
WARTAWAN KAMPUS UOLS Isnin | 8 April 2019

SHAH ALAM - Pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 yang telah membuat permohonan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sesi 2019/2020 boleh menyemak mulai pada 12 April ini.

Menurut kenyataan media KPM, pelajar SPM tahun 2018 yang telah membuat permohonan melalui dalam talian boleh menyemak keputusan dengan melayari laman sesawang di https://matrikulasi.moe.gov.my/.

Katanya, calon yang berjaya ditawarkan ke Program Matrikulasi KPM bagi sesi 2019 / 2020 dikehendaki mencetak sendiri dokumen yang berkaitan untuk dibawa semasa hari pendaftaran.

"Antara dokumen yang perli dicetak adalah surat tawaran, panduan pendaftaran pelajar dan maklumat peribadi pelajar.
"Selain itu, akuan persetujuan ibubapa atau penjaga, selain dokumen kesihatan pelajar dan pengakuan bebas penyalahgunaan dadah serta dua salinan botang perjanjian pelajar juga perlu dicetak untuk dibawa pada hari pendaftaran," katanya.

Dalam pada itu, katanya, bagi calon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan boleh melalui laman sesawang di www.moe.gov.my mulai 12 hingga 26 April 2019.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...