> > Dekan FSKKP dilantik TNC Penyelidikan dan Inovasi UMP
Dekan FSKKP dilantik TNC Penyelidikan dan Inovasi UMP
MIMI RABITA, UMP Isnin | 8 April 2019

PEKAN - Universiti Malaysia Pahang (UMP) melantik Dekan Fakulti Sistem Komputer dan Kejuruteraan Perisian, Prof. Ts. Dr. Kamal, sebagai Timbalan Naib Canselor (TNC) Penyelidikan dan Inovasi yang baharu.

Dr. Kamal, 50, yang berasal dari Pahang memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik daripada Worcester Polytechnic Institute USA dan Ijazah Sarjana Kejuruteraan Perisian daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan menyambung pengajian Ijazah Kedoktoran Kejuruteraan Perisian pada tahun 2003 di University Of Newcastle Upon Tyne, United Kingdom

Beliau pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Universiti Sains Malaysia (USM) sebelum berkhidmat di UMP pada tahun 2012.

Dalam pada itu, Dr. Kamal juga pernah menyandang jawatan Dekan (Penyelidikan & Inovasi) di universiti ini pada tahun 2013 sehingga tahun 2015 dan kemudiannya dilantik sebagai Dekan FSKKP pada tahun 2016 hingga kini.

Naib Canselor UMP, Prof Datuk Sri Dr Daing Nasir Ibrahim berkata, pelantikan itu mengantikan Profesor Datuk Dr. Mashitah Mohd Yusoff dalam menggalas tanggungjawab mengetuai penyelidikan dan inovasi di universiti ini.

Katanya, UMP juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Profesor Datuk Dr. Mashitah Mohd Yusoff atas khidmat bakti sepanjang memegang jawatan tersebut.

Beliau turut mengucapkan tahniah di atas pelantikan Dr. Kamal dan berharap akan terus menyumbang kepada kesinambungan pencapaian ke arah kecemerlangan universiti ini.

"Semoga UMP akan terus cemerlang untuk menjadi sebuah universiti teknologi terunggul dalam menerajui bidang kejuruteraan dan teknologi bukan sahaja di Malaysia malahan di persada antarabangsa.
"UMP akan terus meneroka idea baharu untuk memperkasa bidang pendidikan, penyelidikan dan perkhidmatan bertaraf dunia dalam ekosistem kejuruteraan dan teknologi dengan lebih inovatif yang dapat memanfaatkan masyarakat di negara ini," katanya.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...