> > Peluang lepasan sekolah, universiti kerja melalui PROTÉGÉ
Peluang lepasan sekolah, universiti kerja melalui PROTÉGÉ
AIMAN SADIQ ABDULLAH Selasa | 9 April 2019

GAMBANG - Pelajar lepasan sekolah dan universiti yang sedang mencari pekerjaan, ditawarkan tempat bagi menyertai program Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs (PROTÉGÉ) dilancarkan Kementerian Pembangunan Usahawan pada Januari lalu.

Ketua Sekretariat PROTÉGÉ, Norashikin Ismail berkata, program keusahawanan itu mendidik belia dalam usaha melahirkan ramai usahawan yang kompetitif dan bersedia ke pasaran global.

Menurutnya, program itu juga akan membentuk pencari kerja yang berkemahiran bagi memenuhi keperluan industri semasa selain menyediakan bimbingan kewangan melalui agensi bawah kementerian berkenaan.

“Program ini bukan saja memfokuskan kepada lepasan universiti, malah persediaan untuk pelajar yang tamat persekolahan.

“Terdapat lapan komponen di bawah program ini, PROTÉGÉ Entrepreneurship Intern, PROTÉGÉ Boot Camp, PROTÉGÉ Business Accelerator, PROTÉGÉ Co-Op, PROTÉGÉ in ICT Program, PROTÉGÉ Booster, PROTÉGÉ for Industry dan PROTÉGÉ ready to work (RTW) diketengahkan kepada graduan,” katanya dalam sidang media selepas pelancaran Karnival Kerjaya University to Industry di Universiti Malaysia Pahang (UMP) Kampus Gambang di sini, Sabtu lalu.

Karnival yang dirasmikan Ahli Lembaga Pengarah UMP, Datuk Seri Md Sharif Shamsuddin itu turut dihadiri Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMP, Datuk Dr Yuserie Zainuddin.

Norashikin berkata, program terbabit membuka peluang graduan menceburi perniagaan, selain mencari pekerjaan yang pada masa kini sangat terhad.

“Salah satu program yang kita jalankan termasuklah latihan kebolehpasaran yang mana peserta ditempatkan di syarikat-syarikat swasta atau GLC selama lapan bulan sehingga 12 bulan.
“Seperti di UMP, kita juga bawakan syarikat yang ingin menawarkan tempat kepada graduan UMP dan inilah masanya pelajar mengambil bahagian memulakan jaringan dengan syarikat yang ada,” katanya.

Karnival dua hari bermula Jumaat lalu disertai 35 syarikat yang menyediakan kira-kira 1,000 peluang pekerjaan dan berjaya menarik perhatian hampir 3,000 pengunjung.

Sementara itu, Md Sharif berkata, graduan tidak boleh sekadar mengharapkan kepada kelulusan dimiliki, sebaliknya perlu mempunyai bakat bagi menarik perhatian majikan.

Beliau turut menasihatkan mahasiswa supaya melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran lain yang boleh menjadi nilai tambah kepada mereka untuk menarik minat majikan.

“Pelajar perlu mempunyai kombinasi iaitu kelulusan, kemahiran dan bakat untuk menempatkan diri dalam bidang pekerjaan. Mereka tidak boleh mengharapkan kelulusan semata-mata, sebaliknya perlu ada tambahan lain. Mereka juga perlu berani mencari peluang pekerjaan di luar negara dan mempertingkatkan bakat dimiliki bagi mengumpan bakal majikan,” katanya.
Norashikin bersama Md Sharif dan Yuserie merakamkan kenangan bersama sebahagian mahasiswa yang hadir di Karnival Kerjaya ‘University to Industry’, UMP Kampus Gambang, Sabtu lalu.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...