> PAHANG > Kerjasama UMP-MBTCA buka peluang penyelidikan dengan Universiti Bosnia - UMP
Kerjasama UMP-MBTCA buka peluang penyelidikan dengan Universiti Bosnia - UMP
BERNAMA Ahad | 7 April 2019

KUANTAN - Universiti Malaysia Pahang (UMP) hari ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Malaysia Bosnia Trade Cooperation Association (MBTCA) yang membuka peluang kerjasama dalam pembangunan akademik dan penyelidikan dengan universiti di Bosnia.

Dalam kenyataannya, UMP berkata kerjasama itu melibatkan program pesisir antaranya pengajian peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan mekanikal, mekatronik, kejuruteraan awam, pembuatan, komputer, elektrik, kimia dan sains.

Kenyataan itu turut memetik Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Prof Dr Wan Azhar Wan Yusoff sebagai berkata kerjasama dengan MBTCA tersebut juga akan melibatkan pembangunan penyelidikan dan perkongsian kemudahan, data, pengetahuan serta kemahiran dan lain-lain sumber.

"Ini termasuk penganjuran bersama persidangan, pembangunan sumber manusia dan modal insan serta pertukaran pelajar,” katanya.

Pada majlis itu, UMP diwakili oleh Wan Azhar manakala MBTCA diwakili Anggota Lembaga Pengarahnya Najib Abbas dan disaksikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof serta Pengerusi MBTCA Datuk Subhi Dziyauddin.

MBTCA dinaungi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Mujahid selaku penasihat.

Penubuhan MBTCA adalah sebagai platform dalam mewujudkan perancangan strategik dan penggubalan dasar-dasar serta rangka kerja yang kondusif bagi pembangunan perdagangan di kedua-dua negara.

Bidang yang menjadi tumpuan melibatkan enam kluster iaitu hubungan antara negara, pendidikan, perniagaan, pelancongan, industri halal dan penubuhan institusi. -- Bernama


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...