> KELANTAN > Hasil 2,335 mural tapak tangan
Hasil 2,335 mural tapak tangan
WARTAWAN SINAR HARIAN Selasa | 9 April 2019

MACHANG - Semangat kerjasama yang tinggi antara Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Kelantan diterjemahkan dengan mencipta 2,335 mural tapak tangan di sini, baru-baru ini.

Ia dihasilkan kira-kira 100 peserta yang menjayakan program University Community Engagement (UCE) di PAWE Machang, Kampung Pangkal Petai di sini.

Pegawai JKM Machang, Suzieyaty Siyude berkata, program tersebut mendapat sambutan memberangsangkan daripada pelbagai pihak termasuk golongan warga emas dan sukarelawan JKM.

Selain penuntut UiTM dan warga emas, sukarelawan JKM turut sama menghasilkan mural tapak tangan tersebut.

Menurutnya, selain mural tapak tangan, program itu turut dimeriahkan dengan aktiviti senamrobik dan gotong-royong membersihkan pusat aktiviti tersebut.

“Pada peringkat awal kami menyasarkan sebanyak 1,625 mural tapak tangan dihasilkan di pusat ini, namun hasil sambutan memberangsangkan yang mana turut melibatkan penduduk sekitar dan kakitangan JKM, kami berjaya merekodkan sebanyak 2,335 tapak tangan.
“Mural ini bukan sahaja memberi wajah baharu kepada pusat ini tetapi juga pastinya menjadi kenangan manis buat semua yang terlibat,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Pegawai Kokurikulum Kanan (Hal Ehwal Pelajar) UiTM Kelantan, Khairul Anuar Ab Hamid berkata, seramai 186 sukarelawan dari UiTM Kelantan menjayakan program yang berlangsung secara serentak di seluruh negeri.

Katanya, program UCE itu melibatkan beberapa PAWE, Rumah Kanak-Kanak Mini dan Rumah Seri Kenangan Taman Kemumin.

“Kesemua mural tapak tangan pada dinding PAWE dihasilkan sebagai langkah awal ke arah mencapai sasaran 100,000 mural tapak tangan oleh seluruh kampus UiTM dalam negara sekali gus mendapatkan pengiktirafan Malaysian Books of Record (MBOR),” katanya


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...