> > Sebak sangat ... Ibu mahasiswa ini menggigil tengok suami terima skrol diploma anak yang dah 'tiada'
Sebak sangat ... Ibu mahasiswa ini menggigil tengok suami terima skrol diploma anak yang dah 'tiada'
SHAHRIZAL AHMAD ZAINI Selasa | 9 April 2019

SERI ISKANDAR - "Pagi tu dia peluk saya. Lama sangat dan dia pakai uniform kerja ayah dia," demikian reaksi Patimah Siro, 54, ibu graduan Diploma Bangunan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perak, Allahyarham Mohd Ridwan Farid, 22, ketika ditemui sempena Istiadat Konvokesyen UiTM ke-90 di Kampus Seri Iskandar, petang semalam.

Allahyarham Mohd Ridwan menemui ajal sewaktu terbabit dalam nahas dengan sebuah lori di Kuala Pilah pada 19 November tahun lalu.

Patimah berkata, itulah kali terakhir dia melihat Mohd Ridwan sebelum menerima berita nahas melibatkan anak bongsunya itu.

Patimah dan Md Farid melihat skrol yang diperolehi Mohd Ridwan pada konvokesyen berkenaan.
"Kejadian berlaku lima hari selepas konvo abang dia. Dia kata lepas abang, lepas ni persiapan untuk dia pula.
"Dia beli baju kurung hitam untuk saya pakai masa konvo abangnya dan untuk konvonya, dia akan beli baju yang lain pula.
"Malah, pagi sebelum kejadian dia nampak biasa sahaja, ceria," katanya.

Md Farid Mohd Hassan, 51, mewakili Allahyarham Mohd Ridwan menerima skrol berkenaan daripada Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM), Prof. Dr. Mohd Azraai Kassim.

Patimah berkata, suasana sedih dan pilu mengiringi sepanjang perjalanannya bersama suami dari Jempol ke Seri Iskandar bagi menghadiri majlis konvokesyen berkenaan.

Patimah menunjukkan gambar Mohd Ridwan.

Katanya anak sulungnya, Md Firdaus, 24, tidak ikut bersama kerana melapor diri di Kementerian Pertahanan (MINDEF), semalam.

"Sepanjang perjalanan memang sayu. Memang sedih kalau kita rasa kehilangan.
"Anak kehilangan ibu lain rasanya, ibu kehilangan anak lain rasanya, kerinduan yang tiada penghujungnya dan tak pernah hilang.
"Walaupun sedih, tapi kena kuatkan juga semangat untuk sampai ke sini terima diploma ini. Ini kenangan terakhir dia," katanya.

Tambah Patimah, dirinya menggigil tatkala melihat suaminya naik ke pentas bagi menerima skrol diploma milik anaknya itu sempena istiadat konvokesyen berkenaan.

"Saya menggigil tengok suami di atas pentas masa ambil skrol anak. Tak dapat nak cakap apa perasaan masa tu. Sebak sangat.
"Apa tidaknya, bila tengok semua anak orang lain yang naik ke pentas. Kami selalu datang ke sini bersama, tetapi kali ini hanya kami berdua sahaja," katanya.

Dalam pada itu Md Farid yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol berkata, dia sememangnya tidak menyangka bahawa aduan kemalangan yang diterimanya pada pagi 19 November 2018 lalu melibatkan anaknya sendiri.

Md Farid berkata sesuatu kepada Mohd Azraai (kanan) pada konvokesyen berkenaan.
"Saya terima berita daripada IPD Kuala Pilah yang mencari keluarga mangsa. Bila baca nama.dan nombor kad pengenalan rupanya anak sendiri.
"Bagaimanapun saya tetap bangga dengan usahanya. Anak saya memang kuat belajar. Lagi satu, dia anak yang taat dan suka tolong kawan-kawan," katanya.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...