> > Kenyataan terkini pihak polis! Perbetulkan fakta sebenar kehilangan Acap
Kenyataan terkini pihak polis! Perbetulkan fakta sebenar kehilangan Acap
SAIFULLAH AHMAD Selasa | 9 April 2019

IPOH - Polis Perak mengesahkan kehilangan Muhammad Ashraf Hassan, 29, atau Acap di Gopeng sejak 23 Mac lalu tiada sebarang unsur khianat.

Ketuanya, Datuk Razarudin Husain berkata, semakan dibuat ke atas akaun bank, kereta dan telefon bimbit mendapati tiada sebarang unsur mencurigakan.

Beliau berkata, kertas siasatan yang dibuka pihaknya berkaitan kes kehilangan tersebut juga hampir lengkap dan fokus kini tertumpu kepada usaha-usaha mencari.

"Daripada siasatan, kita lihat memang tiada unsur khianat berdasarkan telefon, akaun bank, pergerakan kereta yang masih lagi tidak terusik. Jadi kita percaya kalau ada unsur khianat mungkin berubah sedikit.
"Kita juga ada temubual saksi-saksi iaitu rakan yang membuat laporan polis dan tiada masalah luaran dengan mana-mana orang," katanya kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan perasmian program Derma Darah Sempena Sambutan Hari Polis ke-212 di Pasar raya Besar Mydin Meru Raya, di sini.

Hadir sama pada perasmian itu, Pakar Perubatan Transfusi Hospital Raja Permaisuri Bainun, Dr Irni Mohd Yasin dan pegawai-pegawai kanan Polis Perak

Berikut yang menjadi tular sebelum ini.

Alhamdulillah selesai sudah tugas kami disini. Tengah hari ini kami beransur pulang. Satu pengalaman yang takkan...

Posted by Muhammad Mamzah on Sunday, April 7, 2019

Menurut Razarudin, sehingga kini, lebih dari tujuh saksi terdiri daripada ahli keluarga, penganjur dan rakan telah diambil keterangan untuk membantu siasatan.

Sementara itu, Razarudin berkata, pihak polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak akan membantu meneruskan pencarian Mohammad Ashraf.

Katanya, pencarian oleh pasukan IPK itu mungkin akan tertumpu ke kawasan baharu yang belum dibuat pencarian sebelum ini.

"Kita buat dalam skala kecil tetapi cuba cari di tempat yang lain pula. Kekuatan anggota hanya akan diketahui Sabtu ini. Kita akan tengok di mana kita akan cari.
"Sebelum ini memang ada pencarian melibatkan orang kampung dan pelbagai agensi tetapi masih tak jumpa," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau menegaskan pihak polis tidak pernah menerima sebarang laporan daripada mana-mana pihak tentang kehilangan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: "Mak kat sini... nampak mak tak Acap?" Rintihan si ibu undang sebak netizen

ARTIKEL BERKAITAN: Ini yang keluarga Ashraf lakukan di lokasi terakhir dia ditemui

ARTIKEL BERKAITAN: 'Petunjuk' baru! Mak mimpi Ashraf di Gua Tempurung, pengamal perubatan Islam nampak perkara sama

ARTIKEL BERKAITAN: Meremang rasa! Orang kampung pernah nampak 'sekumpulan lelaki dan wanita' naik ke bukit bawa obor...

Katanya, pihak polis masih menyiasat kejadian itu dan berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi.

"Nasihat saya perkara ini masih dalam siasatan polis. kita tidak mahu mana-mana individu buat viral yang tidak disertakan dengan fakta-fakta tidak betul dan bukti-bukti tertentu ini juga akan gores hati keluarga Ashraf," katanya.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...