> > Rezeki tak disangka! Graduan ini tak pernah sesal jadi tukang rumah demi kumpul modal untuk buka perniagaan
Rezeki tak disangka! Graduan ini tak pernah sesal jadi tukang rumah demi kumpul modal untuk buka perniagaan
ROSALWANI CHE SOH Rabu | 10 April 2019

TANAH MERAH - Niat untuk menceburkan diri dalam perniagaan pakaian terpakai atau bundle membuahkan rezeki yang tidak disangka, menyebabkan dia mengambil keputusan mengusahakannya sepenuh masa.

Mohd Azlee Shafie, 29, atau lebih mesra disapa Azlee berkata, dia tidak pernah menyesal memilih bidang perniagaan itu walaupun memiliki Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Penyiaran dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Menurutnya, selepas menamatkan pengajian empat tahun lalu, pelbagai kerja sambilan dilakukan untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Katanya, sepanjang tempoh itu juga dia menghantar pelbagai permohonan untuk mendapatkan pekerjaan tetap sama ada dalam sektor awam mahupun swasta, namun malangnya tiada jawapan.

“Saya tidak boleh mengambil sikap tunggu kerana ia merugikan masa. Jadi dengan hasil kerja sambilan sebagai tukang rumah, saya berusaha kumpul modal untuk buka perniagaan ini.

“Bermula dengan modal RM2,000, saya tekad memulakan perniagaan pakaian terpakai dengan gred B dan C pada peringkat permulaan.

Azlee berhasrat untuk mempelbagaikan lagi barangan di kedainya termasuk kasut dan topi.

“Saya ambil pakaian itu daripada pembekal di Machang dan Tanah Merah, selain dapat bekalan daripada kenalan yang sudah lama terlibat dalam perniagaan ini,” katanya ketika ditemui di Lito Bundle yang diusahakan di Kampung Padang Siam di sini.

Anak kelapan daripada 10 beradik itu mengakui, dia memulakan perniagaan bundle tanpa sebarang ilmu, namun dia belajar sedikit demi sedikit bagi memantapkan perniagaannya.

“Saya belajar mengenai jenama dan kualiti pakaian bundle ini daripada peniaga yang sudah lama menceburi bidang ini dan datang ke kedai untuk mencari pakaian berjenama. Jadi dari situ, mereka akan berkongsi sedikit sebanyak jenama yang digemari oleh kaki bundle,” katanya.

Kini setelah setahun menjalankan perniagaan itu, Azlee kini mampu berbangga apabila memperoleh pendapatan antara RM1,000 sehingga RM1,500 sebulan walaupun pelanggannya tidaklah ‘semeriah’ perniagaan lain.

Katanya, dia menjual pakaian pada harga serendah RM1 hingga RM100 sehelai.

Seluar jeans denim antara yang mendapat permintaan ramai di kedai Lito Bundle.

“Alhamdulillah, akhirnya usaha saya ini membuahkan hasil dan saya berniat untuk mengembangkan perniagaan ini dalam skala yang lebih besar,” katanya.

Impiannya selepas ini untuk menjadi antara pembekal pakaian terpakai di negeri ini sekali gus dapat membuka peluang pekerjaan kepada orang lain.

“Buat masa ini, pakaian terpakai yang dijual di kedai saya dari Jepun dan Korea Selatan,” katanya.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...