> TERENGGANU > Hampir 200,000 serbu Karnival Pendidikan MARA 2019...
Hampir 200,000 serbu Karnival Pendidikan MARA 2019...
NORHASPIDA YATIM Khamis | 11 April 2019

KUALA TERENGGANU - Karnival Institusi Pendidikan MARA 2019 yang diadakan di Stadium Negeri Terengganu bermula semalam menjadi pilihan kepada para pelajar untuk mendapatkan maklumat mengenai pendidikan tinggi seterusnya merancang kerjaya mereka pada masa depan.

Penyelaras Karnival, Roslina Azarai berkata, karnival yang berlangsung bermula jam 10 pagi hingga 6 petang itu menyaksikan sambutan hebat dengan kehadiran kira-kira 10,000 hingga 15,000 pengunjung pada hari pertama ia diadakan.

“Hari ini (semalam) kita sasarkan dalam 15,000 pengunjung terdiri daripada para pelajar. Sepanjang karnival ini berlangsung sebelum ini kita ada hampir 180,000 pengunjung di lapan buah lokasi ia diadakan.

Ibu bapa turut tidak melepaskan peluang membawa anak-anak mendapatkan maklum balas tepat mengenai hala tuju pendidikan mereka sempena karnival itu.
“Kita harap kehadiran pengunjung lebih memberangsangkan lagi pada hari kedua karnival ini dan berharap pelajar yang hadir dapat membawa pulang bersama surat tawaran yang disediakan di setiap gerai institusi pendidikan MARA (IPMA),” katanya.

Libatkan 11 institusi pendidikan

Roslina berkata, karnival pendidikan itu adalah sebahagian daripada acara tahunan MARA bagi mempromosikan pelbagai program pendidikan yang ditawarkan.

“Tahun ini karnival ini diadakan dengan konsep 4P iaitu penerangan, permohonan, penawaran dan pembiayaan diberikan kepada mereka yang layak oleh Bahagian Penganjuran Pendidikan (BPP),” katanya.

Pengunjung karnival mendapatkan maklumat lanjut di reruai IPMA yang IPMA yang menyertai karnival.

Beliau berkata, karnival kali ini berbeza kerana melibatkan 11 institusi pendidikan di bawah MARA antaranya Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Kolej Universiti Polytech MARA (KUPTM), Kolej Polytech MARA (KPTM) dan German Malaysian Institute (GMI).

“Karnival ini boleh digelar sebagai one stop centre bagi pengunjung untuk memilih kursus bersesuaian dengan kelulusan mereka dan pada masa itu juga akan terus mendapat surat tawaran dari IPMA yang dipilih.
Pelajar mendaftar di kaunter pendaftaran sempena karnival berkenaan.

“Melalui karnival ini juga, mereka berpeluang mendapat penjelasan mengenai peluang penajaan dan pembiayaan pengajian selain kaunseling pendidikan,” katanya.

Pengunjung akui karnival bermanfaat

Sementara itu, kebanyakan pelajar yang ditemui berpuas hati dengan penganjuran karnival yang bermanfaat dengan mendapat penjelasan secara bersemuka mengenai pelbagai kursus pengajian dan kemudahan yang ditawarkan.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balai Besar, Dungun, Muhammad Zulhilmi Jusoh, 20, dari Kampung (Kg) Alur Tempoyak yang hadir bersama bapanya yang merupakan pesara perubatan, Jusoh Hassan, 66, mengakui karnival itu banyak memberikan kemudahan kepadanya untuk memilih tempat bagi melanjutkan pengajian.

Antara aplikasi digunakan.
“Saya ke sini untuk mencari jurusan yang saya minat iaitu jurusan elektrik. Kalau ada peluang, mungkin saya nak sambung ke Kolej Komuniti Tinggi MARA,” katanya.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...