> TERENGGANU > UMT perbetulkan laporan, tidak ambil sampel kerang-kerangan
UMT perbetulkan laporan, tidak ambil sampel kerang-kerangan
MOHD AZLIM ZAINURY Khamis | 11 April 2019

KUALA NERUS - Penyelidik Universiti Malaysia Terengganu (UMT) tidak mengambil sampel kerang-kerangan sebaliknya hanya sampel sedimen, air laut, plankton, hibentos dan mikro plastik di Selat Melaka.

UMT dalam satu kenyataannya memberi penjelasan bagi memperbetulkan fakta berkaitan penularan laporan media berkenaan isu makanan laut bercangkerang dicemari logam berat di Selat Melaka.

Pencemaran logam berat diulas penyelidik UMT hanya merujuk kepada kesan-kesan aktiviti manusia jika tidak dikawal dengan baik sehingga mampu menyumbang kepada persekitaran marin serta spesies kerang-kerangan.

Pensyarah Kanan Program Sains Marin UMT, Profesor Madya Dr Ong Meng Chuan berkata, ini kerana organisma tersebut hanya mendiami habitat sama dan tidak berpindah seperti haiwan-haiwan lain seperti ikan.

“Sekiranya haiwan tersebut telah terbukti secara saintifik tidak selamat untuk dimakan, ia akan memudaratkan kesihatan manusia jika pengambilan makanan tersebut tidak terkawal.

“Penyelidik UMT tidak mengambil sampel kerang-kerangan sepanjang ekspedisi dijalankan 13 Mac hingga 7 April. Hanya sampel sedimen, air laut, plankton, hibentos dan mikro plastik sahaja disampelkan di perairan tersebut.

“Malah, sampel-sampel sedimen diambil sepanjang ekspedisi pelayaran saintifik sempena penyertaan UMT dalam LIMA’19 baru-baru ini masih belum dianalisis secara terperinci untuk mengetahui kandungan logam berat,” katanya.

Dalam kenyataan sama, UMT penyelidik dari UMT hanya pernah menjalankan kajian kepekatan logam berat yang terdapat dalam organisma kerang-kerangan di Sungai Muar.
Tular mengenai isu makanan laut bercangkerang di Selat Melaka dicemari logam berat pada 8 April lalu.

Empat spesies kerang-kerangan yang diambil sampel iaitu tiram, kepah, lokan dan kerang.

Hasil dapatan kajian sampel-sampel tersebut, semua spesies itu masih selamat dimakan kerana paras kandungan logamnya di bawah Malaysia Food Regulation (1983) dan tidak mendatangkan mudarat kepada manusia.

Dr Meng Chuan berkata, bagi menentukan tahap pencemaran dalam spesies kerang-kerangan tersebut pula, kajian menyeluruh perlu dilakukan dan melibatkan pelbagai pihak yang mempunyai kepakaran yang diiktiraf.

“Ini bertujuan untuk mengesahkan hasil dapatan yang diperoleh adalah dipersetujui oleh semua pihak dan tidak mengabaikan kepentingan pihak-pihak yang berkaitan. Pihak UMT mengalu-alukan kerjasama daripada semua pihak untuk membuat kajian bersama bagi memastikan kualiti makanan laut kita terjaga dan seterusnya melahirkan masyarakat Malaysia yang sihat,” katanya.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...