> KELANTAN > UMK sasar jadi universiti keusahawanan unggul
UMK sasar jadi universiti keusahawanan unggul
WARTAWAN SINAR HARIAN Jumaat | 12 April 2019

KOTA BHARU - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) akan memanfaatkan hubungan dengan beberapa pihak dalam usaha menjadi universiti keusahawanan unggul dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Naib Canselornya, Prof Dr Noor Azizi Ismail berkata, untuk merealisasikan hasrat itu, UMK akan membawa balik usahawan Kelantan untuk berkolaborasi bagi meningkatkan aktiviti keusahawanan bersama pelajar.

Beliau berkata, sehingga kini terdapat hampir 400 syarikat pelajar yang berdaftar.

“Kita perlukan kerjasama dengan pemain industri ini untuk meningkatkan kemahiran pelajar. Kami mempunyai hubungan dengan Dewan Perniagaan Islam Malaysia dan Dewan Perniagaan Cina.
“UMK juga mengadakan perjanjian persefahaman dengan dua universiti dari China. Kenapa kita pilih China kerana mereka ada pasaran yang besar iaitu 1.4 bilion penduduk dan kita berhasrat pasarkan produk kita ke sana.
“Bulan lalu UMK juga telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan 10 universiti dari Indonesia bukan sahaja untuk penyelidikan malah untuk cuba memasarkan hasil penyelidikan ke negara berkenaan,” katanya pada sidang media selepas majlis Jalinan Mesra Pengurusan UMK Bersama Media, kelmarin.

Majlis itu turut dihadiri kira- kira 50 wartawan akhbar tempatan bersama Presiden Kelab Wartawan Kelantan Darul Naim (Kemudi), Azran Fitri Rahim serta ketua jabatan UMK.

Sementara itu, Noor Azizi berkata, majlis jalinan mesra itu bagi mengiktiraf dan menghargai peranan media dalam menyebarkan informasi UMK serta memberi sokongan padu selama ini.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...