> SUKAN > Empat kali juara! FSKM dominasi 21 acara SAF UiTM Cawangan Kelantan
Empat kali juara! FSKM dominasi 21 acara SAF UiTM Cawangan Kelantan
ZUMURNI HAMZAH Jumaat | 12 April 2019

MACHANG - Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) beraksi cemerlang apabila mengungguli dan mempertahankan gelaran juara keseluruhan Karnival Sukan Antara Fakulti (SAF) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan, empat kali berturut-turut, di sini, baru- baru ini.

Dengan pungutan sembilan emas, tujuh perak dan enam gangsa, FSKM berjaya mengetepikan pesaing-pesaingnya pada 21 acara yang dipertandingkan pada karnival tersebut.

Rektor UiTM Kelantan, Prof Madya Dr Tuan Mohd Rosli Tuan Hassan berkata, Karnival SAF tersebut melibatkan hampir 1,500 penuntut termasuk atlet, pengurusan pasukan dan urus setia kejohanan sekali gus menyemarakkan hubungan silaturahim antara seluruh warga kampus UiTM Kelantan.

Tuan Mohd Rosli ketika berucap merasmikan Karnival SAF di UiTM Cawangan Kelantan, di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, sebanyak 21 acara dipertandingkan bagi kategori lelaki dan wanita antaranya badminton, bola sepak, bola baling, bola jaring, sepak takraw, petanque, termasuk acara E-Sports bagi permainan Mobile Legend.

“Penglibatan mahasiswa dalam bidang sukan bukan sahaja mengisi masa luang tetapi mampu melahirkan penuntut yang berdaya saing dalam era global masa kini.
“Pada karnival seperti ini, kita mengenal pasti, pemain-pemain yang berbakat untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi sekali gus menggalakkan mahasiswa aktif dalam bidang sukan sehingga ke peringkat tertinggi,” katanya selepas Majlis Perasmian Karnival SAF, di sini.
Karnival KAF berlangsung meriah dengan penyertaan kira-kira 1,500 penuntut UiTM Cawangan Kelantan.

Hadir sama hadir pada majlis penutup tersebut, Pengarah Majlis Sukan Kelantan, Mohammed Imran Mansor.

Tuan Mohd Rosli berkata, pembabitan penuntut yang aktif dalam sukan memberi impak besar terhadap pembentukan masyarakat universiti yang sihat dan cergas selain pentas mengenal pasti pemain berkualiti yang boleh di ketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...