> 'Berputus asa tak akan jumpa manisnya', ini azimat pegangan usahawan alumni UTHM yang berjaya
'Berputus asa tak akan jumpa manisnya', ini azimat pegangan usahawan alumni UTHM yang berjaya
MUHAMAD JAMIL, UTHM Jumaat | 12 April 2019

JOHOR - Alumni Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Abdul Ajib Mohd Zen, 37, kini menjadi usahawan berjaya sebagai pengurus acara dan Pengarah Urusan syarikat pengurusan acara sistem audio yang terkemuka di Johor dikenali sebagai Twin Global Event Resources (TGE Resources).

Syarikat yang berpengkalan di Taman Delima, Kluang Johor ini dikendalikan oleh seramai 14 orang staf berjawatan tetap yang terlatih dalam mengurus acara dan perkhidmatan sistem audio.

Ajib (berdiri tengah) bergambar bersama kru TGE Resources.

Syarikat TGE Resources yang dibangunkan sejak 2011 ini merupakan sumber pendapatan bagi Ajib sehingga kini.

"TGE Resouces bermula tanpa sebarang modal atas tangan. Saya telah bermula perniagaan dari sifar tanpa pernah membuat pinjaman persendirian dengan bank. Saya membangunkan perniagaan ini dengan usaha dan modal saya sendiri,” katanya.

Ungkapan 'berputus asa tak akan jumpa manisnya' menjadi motivasi dan pembakar semangat yang dipegang oleh Ajib untuk menjadi usahawan yang berjaya.

Antara kejayaan TGE Resources dalam pengurusan acara sepanjang penubuhan syarikat ini pernah menjadi peneraju utama di setiap majlis rasmi kerajaan, badan korporat, Institusi Pengajian Tinggi dalam sektor swasta, dan juga karnival.

ABDUL AJIB MOHD ZEN.

Beliau pernah mengambil cuti tanpa gaji selama setahun sebelum memutuskan untuk berhenti berkhidmat sebagai pensyarah, supaya dapat fokus dalam bidang perniagaan tersebut.

“Semasa saya melibatkan diri dengan mengumpul peniaga-peniaga di gerai makan, Uptown Port Dickson telah banyak membuka mata dan idea dalam mengembangkan bakat untuk menguruskan sesebuah acara dan sistem dengan rakan-rakan,"
"Menyingkap kisah bagi permulaan saya menceburi bidang pengurusan acara dan audio sistem, saya telah melibatkan diri bersama badan pelancongan di Port Dickson," katanya.

Antara pengalaman paling manis yang dikongsikan Ajib, pada tahun 2018 beliau telah dapat kembali semula ke UTHM yang dicintai dengan menjadi pengurus acara rasmi bagi menjayakan pesta konvokesyen kali ke-18 yang berlangsung di Dataran Kawad UTHM pada Oktober 2018.

Ajib bergambar bersama Kugiran Masdo.

Alumni berjiwa besar ini juga berpengalaman luas dalam menguruskan artis-artis terkemuka tanah air di bawah kelolaan TGE Resources, Ratu Rock negara Ella, Kugiran Masdo, XPDC, Floor88, Khai Bahar, Aziz Harun, dan ramai lagi.

Dalam bidang perniagaan, cabaran dan rintangan itu pasti ada. Hanya mereka yang cekal berhadapan cabaran sahaja akan berjaya menempuh liku-liku kehidupan.

Begitu juga dengan Ajib yang pernah jatuh tersungkur dalam bidang perniagaan aktiviti menunggang lasak All Terrain Vehicle (ATV) secara sambilan yang menanggung kerugian kira-kira sebanyak RM1.5 juta atas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan.

Walau bagaimanapun, perkara itu tidak mematahkan semangat Ajib untuk terus berjaya dalam melakukan sesuatu yang diminati. Usaha dan tawakal adalah merupakan kunci untuk mencari rezeki sebagai usahawan.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...