> > Hari terbuka Politeknik METrO Tasek Gelugor (PMTG) bersempena Jubli Emas 50 tahun
Hari terbuka Politeknik METrO Tasek Gelugor (PMTG) bersempena Jubli Emas 50 tahun
MOHD FAIROSS IBRAHIM, PMTG Jumaat | 12 April 2019

TASEK GELUGOR – Hari terbuka Politeknik METrO Tasek Gelugor (PMTG) bersempena Jubli Emas 50 tahun dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Pulau Pinang, dilihat sebagai platform para pelajar yang strategik dalam melahir dan membangunkan keusahawanan pelajar dalam bidang Agro.

Pengarah Politeknik Metro Tasek Gelugor, Ts Zulkurnain Shahadan, 55, berkata sepanjang program itu, penerapan nilai keusahawanan telah dijalankan yakni merentasi kurikulum melalui semua kursus pengajian yang ditawarkan.

“Kerjasama erat Politeknik Malaysia bersama agensi-agensi keusahawan seperti FAMA, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) dan sebagainya, telah membuka peluang graduan dan pelajar sekolah untuk memasarkan produk mereka ke pasaran yang lebih tinggi,” kata Ts Zulkurnain Shahadan ketika berucap pada majlis perasmian.

Pelancaran kelab MYAGROSIS telah dilakukan oleh pihak FAMA yang melibatkan penyertaan pelajar PMTG.

Sabri Naseh (berbaju oren) melancarkan Kelab MyAgrosis di Politeknik METrO Tasek Gelugor.

Sempena program ini juga, pelajar PMTG telah melibatkan diri dalam aktiviti gerai jualan makanan dan produk jenama sendiri.

Lawatan ke tapak gerai usahawan.

Hari Terbuka PMTG 2019 berlangsung selama dua hari di Politeknik METrO Tasek Gelugor.

Terdapat juga aktiviti bersama pelajar sekolah yang bertujuan untuk memberi pendedahan terhadap hala tuju mereka selepas tamat alam persekolahan.

Personaliti stesen Era FM, Jaa Suzuran menyampaikan bicara industri kepada para pelajar.

Kehadiran ikon Instagram dan Personaliti stesen Era FM, Jaa Suzuran, 24, menyampaikan bicara industri turut menjadi tumpuan pelajar sepanjang program ini dijalankan.

Menurut pelajar Jabatan Rekabentuk Visual, Mohammad Saipul Wailis, 19, berkata banyak perkara baru yang dapat dipelajari melalui program seumpama ini.

“Usaha Politeknik METrO menganjurkan program yang menerapkan nilai keusahawanan dalam setiap pelajar merupakan sesuatu yang amat berharga. Untuk menjadi usahawan bukan sahaja mengajar cara untuk berniaga, sebaliknya membina kemahiran berkomunikasi yang lebih yakin dan efektif,” katanya.

Rakannya, Rozaila Syahir, 20, pula memberitahu program seperti ini banyak memberikan pengetahuan dan pendedahan baru dalam bidang keusahawanan..

“Sebagai pelajar diploma dalam bidang Rekabentuk Visual, saya perlu ada asas dalam bidang keusahawanan dan program ini telah menambahkan kemahiran saya untuk berkomunikasi,” ujarnya.

Pengarah Kanan Bahagian Agropreneur Muda & Projek Khas Fama, Sabri Naseh mengatakan program MYAGROSIS ini merupakan salah satu inisiatif Kementerian Pertanian, Industri Asas Tani serta FAMA untuk memupuk minat mendalam golongan muda bagi melahirkan Agropreneur Muda dalam memastikan kelangsungan bidang keusahawanan ini terus diwarisi terutamanya dalam bidang pertanian dan agromakanan.

“Ini amatlah bertepatan dengan asas untuk menjadikan bidang pertanian sumber bagi kekayaan baru untuk rakyat. Hal ini juga selaras dengan slogan 'Pertanian itu Perniagaan' yang merupakan satu bidang yang dapat menjana pendapatan yang lumayan bukan sahaja untuk pengusaha malahan ia dapat mencipta peluang pekerjaan untuk masyarakat setempat,” kata Sabri Naseb.

Pada hari tersebut, FAMA telah meluluskan dua projek Agro Niaga yang melibatkan peruntukan sebanyak RM10 ribu bagi Kiosk MyKopie dan MYAGROSIS Kiosk Push Cart.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...