> > Pelajar UMS kini dilengkapi dengan Sijil Profesional Huawei
Pelajar UMS kini dilengkapi dengan Sijil Profesional Huawei
SALBINOUS SARIBUN Sabtu | 13 April 2019

KOTA KINABALU - Pelajar Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI) Universiti Malaysia Sabah (UMS) kini telah dilengkapi dengan program Pensijilan Profesional Huawei Certified ICT Associate (HCIA) daripada syarikat teknologi komunikasi terkemuka dunia itu sebagai nilai tambah kepada mereka.

Dekan FKI, Prof. Madya Dr. Ag. Asri Ag. Ibrahim berkata, ia merupakan antara inisiatif UMS dalam meningkatkan kebolehpasaran graduan melalui jalinan kerjasama pihak industri di dalam kampus.

“Bagi menjayakan program pensijilan ini, FKI dan Huawei telah menubuhkan Huawei ICT Academy yang mana semua kursus dan latihan dijalankan dalam ruang akademi yang terletak di tingkat 5, bangunan FKI.

“Pelajar UMS sangat beruntung kerana program HCIA yang bernilai belasan ribu ini, memberikan latihan, kemahiran dan pengetahuan berasaskan produk sebenar Huawei” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemuramah, baru-baru ini.

Menurut Prof. Madya Dr. Ag. Asri, program pensijilan profesional itu terbuka kepada semua pelajar yang berminat khususnya pelajar program Ijazah Sains Komputer (Kejuruteraan Rangkaian).

Katanya, program ini bukan mudah dan memerlukan peserta sekurang-kurangnya mempunyai pengetahuan dalam sistem rangkaian komputer.

“Hanya mereka yang lulus dalam peperiksaan yang dilaksanakan oleh pihak Huawei sendiri sahaja yang akan menerima sijil profesional yang akan menjadi satu kelebihan apabila bergelar graduan kelak.

“Seperti yang kita sedia maklum, para majikan masa kini amat menitikberatkan pengalaman atau nilai tambah dalam mencari pekerja di organisasi masing-masing.

“Sehubungan dengan itu, pelajar yang mempunyai sijil profesional ini mempunyai peluang yang lebih tinggi berdasarkan kemahiran yang diiktiraf di samping ijazah sarjana muda yang dimiliki,” katanya.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...