> JOHOR > Kumpulan sokongan akademik PIS jadikan sukan wadah penyatuan
Kumpulan sokongan akademik PIS jadikan sukan wadah penyatuan
BANIAMIN ABU BAKAR Sabtu | 13 April 2019

PASIR GUDANG - Aktiviti kumpulan sokongan akademik Politeknik Ibrahim Sultan meriah dengan pelbagai aktiviti perbarisan, sukaneka dan juga cabutan bertuah.

Aktiviti yang disertai hampir 70 kakitangan unit di bawah sokongan akademik ini dilihat menjadi wadah penyatuan dan pemangkin kepada suasana kerja yang lebih berkualiti dan harmoni.

Pelbagai aktiviti disusun memberikan suasana pengalaman kegembiraan yang menceriakan hari-hari mendatang.

Pasukan Rumah Biru bergambar sempena SA Team Building Politeknik Ibrahim Sultan.

Aktiviti yang dijalankan mewujudkan suasana kerjasama, penggemblengan tenaga, cetusan dan lontaran idea serta semangat berpasukan dalam persaingan berpasukan.

Menurut Ketua Unit Pengurusan Psikologi dan Kerjaya dan juga pengarah program, Norfairus Mohd Khalid, program dilaksanakan berkonsep sukan sekolah dan ia bertujuan mengembalikan serta merasai semula pengalaman bersukan seperti anak- anak kita yang berada di bangku sekolah.
"Apa yang penting sekali ialah semangat kerjasama dan keharmonian antara kakitangan sokongan akademik terjalin. Ini akan menambahkan lagi keseronokan bekerja serta mampu meningkat produktivi dalam kalangan kakitangan,” katanya.

Beliau juga menzahirkan rasa terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program tersebut termasuk koperasi Politeknik Ibrahim Sultan dan semua pihak yang memberikan sumbangan dan bantuan kepada penganjuran program ini.

Pasukan Rumah Merah ketika aktiviti perbarisan sempena SA Team Building Politeknik Ibrahim Sultan.

Duplikasi kepada semangat dan jalinan ini ke dalam rutin kerja harian akan menjadikan unit unit sokongan akademik di PIS ini lebih efektif, efisien dah berdaya maju dalam melengkapkan fungsi PIS sebagai sebuah pusat latihan dan pendidikan TVET yang unggul.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...