> UTARA > Demi mengubah persepsi masyarakat terhadap fungsi masjid, tak sangka ini yang dilakukan pelajar tahun akhir ini!
Demi mengubah persepsi masyarakat terhadap fungsi masjid, tak sangka ini yang dilakukan pelajar tahun akhir ini!
SYAJARATULHUDA MOHAMAD ROSLI Sabtu | 13 April 2019

GEORGETOWN - Dalam usaha mengubah persepsi masyarakat terhadap fungsi masjid, sekumpulan sukarelawan menubuhkan Rakan Masjid Jamek Teluk Bahang.

Pengasasnya, Safirol Iman Pisal berkata, beliau menubuhkan Rakan Masjid Jamek Teluk Bahang itu bagi mendekatkan masyarakat khususnya golongan belia dengan masjid.

Menurutnya, berteraskan masjid sebagai pusat sehenti (one stop centre) dan nadi ummah, pelbagai program dijalankan oleh lebih 80 sukarelawan yang menyertai Rakan Masjid Jamek Teluk Bahang yang ditubuhkan sekitar 2016.

"Selepas saya pulang ke Pulau Pinang dari menimba ilmu, saya bekerja sebagai penghulu Pejabat Daerah Barat Daya. Pada waktu itu, saya memikirkan bagaimana mahu menyemarakkan fungsi masjid agar tidak terhad sebagai rumah ibadat untuk solat dan mendengar ceramah agama sahaja.

"Oleh demikian, saya menubuhkan Rakan Masjid Jamek Teluk Bahang tiga tahun lalu dengan hanya bantuan dari enam sukarelawan. Alhamdulillah, pada waktu ini, Rakan Masjid Jamek Teluk Bahang semakin mengorak langkah apabila mampu menarik perhatian lebih ramai golongan muda mendekati masjid," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

ANJUR PELBAGAI AKTIVITI KEMASYARAKATAN

Pelajar tahun akhir jurusan Pengajian Islam di Open University Malaysia ini berkata, Rakan Masjid Jamek Teluk Bahang menjadikan masjid sebagai platform untuk menjalankan pelbagai aktiviti termasuk kemasyarakatan dan pendidikan.

"Pelbagai aktiviti dijalankan bagi menyemai cintakan masjid di kalangan masyarakat. Saya mahu, apa-apa saja yang mereka fikir, masjid boleh membantu. Misalnya aktiviti kelas tambahan percuma untuk pelajar yang tidak berkemampuan, kita jadikan masjid sebagai tempat untuk mengadakan aktiviti tersebut.

"Selain itu, kami juga mendapat kerjasama daripada 30 majikan antaranya dari kilang yang menjalankan sesi temuduga. pekerjaan, mereka boleh datang untuk memohon. Kami juga menjalankan aktiviti kebajikan setiap bulan bagi membantu penduduk kampung yang kurang berkemampuan," katanya.

Antara aktiviti yang dianjurkan Rakan Masjid Jamek Teluk Bahang adalah membuat lawatan dan memberi sumbangan kepada golongan memerlukan.

Beliau yang berkelulusan Diploma Usuludin dari Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis berkata, sebelum penubuhan kumpulan tersebut, kumpulan Pemuda Kariah Masjid Teluk Bahang telah ditubuhkan.

"Pemuda Kariah Masjid Teluk Bahang lebih tertumpu kepada remaja lelaki, namun Rakan Masjid Jamek Teluk Bahang ini lebih membuka ruang kepada semua lapisan umur dan jantina.

"Oleh itu, kita mentransformasikan kumpulan ini menjadi Rakan Masjid Jamek Teluk Bahang yang mana pelbagai aktiviti masyarakat boleh dilaksanakan. Bukan setakat aktiviti kebajikan, sukan malah kesihatan juga kita buat," katanya.

SUKARELAWAN TAMPIL BANTU

SAFIROL Iman berkata, beliau bernasib baik kerana kumpulan itu mendapat bantuan dari pelbagai pihak termasuk guru dan golongan profesional.

"Dalam 80 sukarelawan itu, ramai golongan profesional yang sudi terlibat sama antaranya guru yang mengadakan kelas tambahan percuma dan sebagainya. Ada yang mahir dalam bidang teknikal, mereka akan membantu membaiki kerosakan masjid dengan kos yang paling minimum dan kadang-kadang secara percuma.

"Dengan adanya bantuan secara sukarelawan ini, Rakan Masjid Jamek Teluk Bahang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Mereka ini membantu dari segi kepakaran masing-masing," katanya.

Kata bapa kepada empat cahaya mata ini, selain menggerakkan Rakan Masjid Jamek Teluk Bahang, beliau juga kerap diundang untuk memberi ceramah agama di masjid.

"Pada masa ini, saya ada juga mengajar di masjid dan surau mengenai agama Islam selain diundang menyampaikan kuliah Maghrib.Saya juga selalu mengadakan 'live' di Facebook untuk berkongsi mutiara ilmu.

"Saya pernah juga diundang ke radio untuk berkongsi tentang ilmu agama. Dan kini, saya dilantik sebagai Pengerusi Sekolah Rendah Agama Tarbiah Islamiah Teluk Bahang. Tugas saya di sekolah agama tersebut adalah dari menguruskan dana dan kebajikan lebih 200 pelajar," katanya.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...