> > Jenayah dalam perkhidmatan Grab Car, ketahui punca dan langkah mengatasinya
Jenayah dalam perkhidmatan Grab Car, ketahui punca dan langkah mengatasinya
IFFAH MOHD TAJUDDIN Isnin | 15 April 2019

GrabCar merupakan perkhidmatan pengangkutan awam yang semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia pada masa kini. Grab Car yang mula memasuki pasaran Malaysia pada tahun 2012 merupakan perkhidmatan awam alternatif kepada perkhidmatan awam lain yang sedia ada.

Secara definisinya, Grab Car merupakan perkhidmatan pengangkutan dan logistik melalui aplikasi secara online di Singapura dan negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Filipina, Vietnam, Thailand, Myanmar, dan Kemboja.

Walaupun pada asalnya ia bersaing dengan Uber, pengambilan Grab untuk operasi Asia Tenggara Uber pada Mac 2018 telah menjadikannya satu-satunya perkhidmatan perkongsian utama di rantau ini. Pada tahun 2016, Grab membuka pusat pembangunan dan pejabat utama baru di Seattle untuk berkhidmat sebagai hab teknologi untuk menarik bakat di Amerika Syarikat.

Sehingga Oktober 2016, kira-kira 50,000 hingga 60,000 individu telah mendaftar untuk menjadi pemandu perkhidmatan pengangkutan Grab Car di seluruh Malaysia. Namun begitu, walaupun khidmatan ini mula mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia, terdapat beberapa isu keselamatan penumpang yang telah timbul sejak kebelangan ini terutamanya kepada golongan wanita.

Antara isu yang telah dilaporkan oleh media arus perdana adalah seperti isu rompakan, penculikan, merogol, pergaduhan sehingga boleh membawa kepada kematian mangsa yang terlibat. Justeru itu, bagi mengelakkan perkara ini berlarutan, akibat dan punca kepada permasalahn ini perlulah dikenalpasti dengan segera agar ianya tidak akan berulang pada masa hadapan.

PUNCA KES JENAYAH GRAB CAR

Antara punca utama berlakunya kes jenayah kepada penumpang Grab Car adalah disebabkan masalah dalaman individu itu sendiri. Sebagai contoh, dalam isu rompakan, lazimnya individu yang melakukan rompakan itu terdesak untuk mendapatkan wang dengan kadar yang segera.

Mereka menjadikan penumpang Grab Car sebagai mangsa untuk mencapai objektif jahat tersebut. Manakala, dalam isu penculikan pula, lazimnya penumpang dijadikan sebagai alat pertukaran untuk mendapatkan wang tebusan. Pemangsa akan menawarkan sejumlah wang sebagai syarat untuk membebaskan mangsa kepada ahli keluarga terdekat.

Dalam pada itu, punca kepada isu merogol pula adalah disebabkan oleh manusia yang bernafsukan binatang. Mereka sanggup melakukan perbuatan keji tersebut demi memuaskan hawa nafsu yang durjana. Selain itu, kes jenayah lain yang turut terjadi adalah pergaduhan. Pergaduhan yang terjadi antara pemandu dan penumpang berlaku apabila timbulnya perselisihan faham ketika proses komunikasi berlaku sesama mereka. Sebagai contoh, pergaduhan boleh berlaku akibat ketidakpuasan hati atas tambang yang dikenakan ataupun akibat daripada destinasi yang ingin dituju oleh penumpang tidak sama dengan penghantaran yang di lakukan oleh pemandu.

CARA MENGATASI

Pelbagai kaedah boleh dilakukan bagi membendung masalah ini dari terus berlaku. Antaranya adalah melalui tindakan undang-undang yang lebih ketat. Pihak bertanggungjawab yang memberi lessen kepada pemandu Grab Car seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan sebagainya perlulah meneliti dengan lebih ketat latar belakang pemandu sebelum meluluskan lesen Grab Car kepada mereka.

Tapisan ketat yang mungkin boleh dijalankan adalah seperti membuat panggilan temuduga, memeriksa jenayah lampau pemandu, latar belakang keluarga dan sebagainya. Hal ini bagi mengenal pasti bahawa pemandu itu benar-benar layak untuk menjalankan perkhidmatan Grab Car.

Selain itu, pemandu yang didapati bersalah juga perlu dikenakan hukuman yang lebih berat supaya dapat memberi pengajaran kepada mereka. Pemandu Grab Car perlu didedahkan dengan risiko yang bakal mereka hadapi jika berlaku kes jenayah yang melibatkan pemandu dan penumpang Grab Car.

Antara langkah yang boleh diambil adalah seperti hukuman penjara, sebat, digantung lesen memandu dan sebagainya. Hal ini perlu bagi memberi pengajaran yang berguna kepada para pesalah sekali gus mereka tidak akan mengulangi kesilapan itu pada masa kelak.

Selain aspek pemandu, kes rogol juga boleh berlaku disebabkan oleh faktor penumpang itu sendiri seperti mengenakan pakaian yang menjolok mata, secara tidak langsung memberi ruang kepada penjenayah untuk bertindak ke arah perbuatan yang tidak bermoral itu. Justeru itu, kerajaan harus mengeluarkan kod etika pemakaian yang sesuai kepada pelanggan yang mahu menggunakan perkhidmatan Grab Car.

Antara langkah lain bagi mengatasi masalah ini adalah dengan sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling semasa menaiki Grab Car. Antara langkah yang oleh diambil adalah seperti memaklumkan kepada pihak lain seperti rakan dan ahli keluarga ketika hendak menggunakan perkhidmatan Grab Car.

Selain itu, penumpang juga disarankan bagi mengenal pasti jalan yang akan digunakan oleh pemandu dan memohon kepada pemandu untuk menggunakan jalan yang lebih ramai penggunanya berbanding menggunakan jalan yang sunyi. Malah, penumpang juga digalakkan untuk membawa alat-alat pertahanan diri seperti pisau kecil atau semburan pemedih mata.

Secara amnya, tidak dapat dinafikan bahawa perkhidmatan Grab Car ini telah banyak memberi kemudahan kepada masyarakat umum. Ianya telah memudahkan pergerakkan seseorang dari satu tempat ke tempat yang lain dalam masa yang singkat. Namun begitu, isu keselamatan yang timbul tidak boleh dipandang enteng oleh pihak berkuasa supaya ianya perkara tersebut dapat dibendung dengan sewajarnya. Justeru itu, semua pihak harus memandang kes yang berlaku ini secara serius dan bertindak segera untuk mengatasinya.

*Penulis merupakan mahasiswa tahun 3 Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di bawah subjek ACJ3053 (News and Feature Writing).


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...