> JOHOR > Cemerlang! Lima penuntut Fakulti Teknologi Kejuruteraan UTHM bolot pingat di BEURC 2019
Cemerlang! Lima penuntut Fakulti Teknologi Kejuruteraan UTHM bolot pingat di BEURC 2019
SURIAYATI BAHAROM, UTHM Ahad | 14 April 2019

KUALA LUMPUR - Lima penuntut dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berjaya meraih tujuh pingat melalui lima penyertaan Projek Sarjana Muda (PSM) di Built Environment Undergraduate Research Competition (BEURC 2019) anjuran Fakulti Alam Bina, Universiti Malaya (UM) yang berlangsung pada 4 April lalu.

Mereka yang terdiri daripada Syahirah Ishak, Norfariza Shafie, Nor Izlyin Amani Azlan, Fatin Aimi Amir Hamzah dan Norohayu [email protected] ini merupakan penuntut tahun empat, program Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam (Perkhidmatan Bangunan).

Dalam pertandingan itu, mereka berjaya meraih tiga pingat emas, dua gangsa dan dua pingat khas setelah bekerja keras menyiapkan poster serta bahan lain untuk pembentangan hasil kajian.
Tujuh pingat BEURC 2019 yang dimenangi. (FOTO UTHM)

Kelima-lima mereka mempertandingkan kajian ilmiah yang memfokuskan kepada pembangunan teknologi kejuruteraan.

Lebih membanggakan salah seorang penuntut iaitu Syahirah berjaya membolot tiga pingat sekali gus merangkul Outstanding Undergraduate Award dan Excellence Research Award melalui kajian sisa polisterin (EPS) sebagai bahan penebat bunyi dan haba melalui tajuk kajian Development of Expanded Polystyrene (EPS) Waste for Sound and Thermal Properties di bawah seliaan pensyarah, Kamarul Aini Mohd Sari.
Outstanding Undergraduate Award dimenangi Syahirah. (FOTO UTHM)
Untuk rekod, pertandingan ini terbahagi kepada empat tema iaitu Building Control and Surveying, Architecture and Planning, Facilities Management and Real Estate dan Engineering and Construction Technology dan turut terbuka kepada semua penuntut program sarjana muda institut pengajian tinggi (IPT) di dalam dan luar negara yang mengikuti kursus Alam Bina.

Dekan FTK, Profesor Madya Ts. Hj. Amran Mohd Zaid berkata, penyertaan pertandingan sebegini amat penting bagi mengetengahkan pontensi penuntut melalui pembentukan dan pembangunan kemahiran psikomotor, komunikasi serta sahsiah diri penuntut.

“Pihak fakulti berharap kejayaan seumpama ini mampu memberi inspirasi dan motivasi kepada pelajar UTHM yang lain untuk turut mencipta kecemerlangan bukan sahaja untuk diri sendiri malah untuk universiti juga,” katanya.
Lima sekawan yang cemerlang di BEURC 2019. (FOTO UTHM)


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...