> AKTIVITI KAMPUS > Puas! Walaupun ada yang hampir pitam...
Puas! Walaupun ada yang hampir pitam...
AMIRUL SALAM, UMT Ahad | 14 April 2019

KUALA NERUS – Kira-kira 200 kakitangan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dari kalangan pensyarah dan staf sokongan bermandi peluh selepas berjaya menawan puncak Bukit Maras pada ketinggian hampir 350 meter dari aras laut.

Program pendakian yang dianjurkan Pusat Kesiahatan (PKU) UMT itu sebagai pengisian bagi Kempen Jom Sihat 2019 yang dilancarkan setiap tahun.

Menurut wakil penganjur, Rosfazila Bakar program itu merupakan percubaan kali pertama untuk menerapkan kepentingan penjagaan kesihatan tubuh badan melalui pendakian bukit.

Peserta melalui trek yang licin dan curam.
“Memandangkan hiking merupakan salah satu bentuk rekreasi yang semakin popular kebelakangan ini, pihak PKU rasa terpanggil untuk mengajak warga UMT turut menjayakan program rekreasi ini sambil menerapkan amalan gaya hidup sihat.

“Alhamdulillah, program ini mendapat perhatian dan sambutan begitu baik dari pelbagai peringkat warga UMT dan ini menunjukkan semakin ramai yang berjinak-jinak dengan aktiviti sihat seumpama ini.

Peserta menemui pelbagai jenis serangga sepanjang trek pendakian.
“Kita turut melakukan aktiviti mengutip sampah sepanjang pendakian di samping menghayati keindahan flora dan fauna pada waktu pagi.
“Walaupun ada sebahagian peserta yang terpaksa dibantu untuk sampai ke puncak bukit disebabkan sesak nafas dan hampir pitam, tetapi dengan bantuan pasukan paramedic dari PKU yang sentiasa bersedia di sepanjang laluan trek berjaya menunaikan hasrat peserta untuk tiba di puncak," katanya.
ROSFAZILA

Menurut Rosfazila lagi, pelbagai siri kempen Jom Sihat yang akan dilaksanakan sepanjang 2019 dan pihaknya akan mempertimbangkan untuk mengadakan program hiking seperti itu bagi lokasi-lokasi berlainan sekiranya mendapat reaksi positif daripada kalangan warga UMT.

Peserta tiba di puncak Bukit Maras.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...