> SUKIPT > Meriah! Kejohanan Sukan FTK MTUN sulung, satu wadah erat hubungan, kerjasama...
Meriah! Kejohanan Sukan FTK MTUN sulung, satu wadah erat hubungan, kerjasama...
SURIAYATI BAHAROM, UTHM Ahad | 14 April 2019

PAGOH – Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berjaya meraih 10 pingat di Kejohanan Sukan FTK MTUN (KSFM) 2019 yang berlangsung pada 7 April lalu bertempat di UTHM Kampus Cawangan Pagoh.

Pasukan UTHM berjaya meraih satu pingat emas, satu perak dan lapan gangsa daripada 12 acara yang dipertandingkan seperti badminton campuran, bola jaring, bola tampar, futsal, pingpong campuran dan bola keranjang.

Acara bola tampar turut menarik perhatian. (FOTO UTHM)
Kontinjen Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK) Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) muncul juara keseluruhan kejohanan dengan kutipan pingat sebanyak tujuh emas dan empat perak diikuti dengan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), UTHM dan Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Turut serta dalam kejohanan ini, wakil dari Bahagian Pengurusan Pembangunan Akademik (BPPA), Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam acara badminton.

Acara badminton, antara yang dipertandingkan. (FOTO UTHM)

Penerapan semangat kesukanan dan jalinan persaudaraan antara pelajar dan staf FTK dalam Malaysian Technical University Network (MTUN) menjadi teras kepada penganjuran Kejohanan Sukan FTK MTUN (KSFM) 2019 yang diadakan buat kali pertama ini.

FTK UTHM telah diberi kepercayaan sebagai penganjur pertama kejohanan ini dengan bantuan jawatankuasa yang terdiri daripada enam staf, 76 pelajar dari Kelab Pelajar FTK UTHM (ETEC) serta sekumpulan sukarelawan yang diketuai Dr. Nofrizalidris Darlis.
Acara bola jaring. (FOTO UTHM)

Menurut Dr. Nofrizalidris yang juga Ketua Jawatankuasa Kerja Aktiviti Pelajar dan Staf Majlis Dekan-Dekan FTK MTUN, persiapan penganjuran KSFM ini telah bermula seawal Januari 2019 lagi bagi memastikan kejohanan berjalan lancar.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Dekan-Dekan FTK MTUN, Profesor Madya Ts. Mohd Rahimi Yusoff pula berkata penganjuran kejohanan seumpama ini merupakan salah satu wadah yang bertepatan dengan matlamat untuk mengeratkan hubungan kerjasama antara FTK MTUN.

Majlis pelancaran. (FOTO UTHM)
Majlis perasmian penutup kejohanan yang disempurnakan oleh Provost UTHM Kampus Cawangan Pagoh, Profesor Datuk Dr. Abdul Razak Omar ini turut menyaksikan penyerahan bendera kejohanan kepada FTK UTeM sebagai simbolik untuk penganjuran seterusnya.

Hadir sama, Dekan FTK UTHM, Profesor Madya Ts. Amran Mohd Zaid; Dekan FTK Mekanikal dan Pembuatan UTeM, Profesor Madya Ts. Dr. Umar Al-Amani Hj. Azlan; Dekan FTK UniMAP, Profesor Madya Ir. Dr. Abu Hassan Abdullah dan wakil Dekan FTK UMP, Profesor Madya Ts. Dr. Andri Kusbiantoro.

Para peserta bergambar kenangan. (FOTO UTHM)


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...