> MLK N.9 > Hari Keluarga USIM disambut meriah setelah 12 tahun penantian
Hari Keluarga USIM disambut meriah setelah 12 tahun penantian
NOORUMAINA MOHAMED YUNUS Isnin | 15 April 2019

NILAI - Hari keluarga USIM 2019 disambut meriah selepas 12 tahun penantiannya, kali terakhir diadakan pada tahun 2007. Dengan tema #Hari Cinta USIM 2019, program berlangsung di Dataran Selera dengan kehadiran 300 kakitangan USIM menyaksikan juara keseluruhan dimenangi oleh Kesatuan Kakitangan Sokongan (Kusima).

Pelbagai acara yang diadakan antaranya sukaneka tarik tali, walking pole, dragon ball, ball in cage, green tunnel, mini amazing race, roller tanker, gubahan bunga, sirih junjung dan gubahan buahan. Program dimulakan dengan acara taici yang di kendalikan oleh master chi dari Persatuan Tai Chi Huang, Seremban.

Program yang diterajui Badan Kebajikan Kakitangan (BKK) turut mendapat kerjasama dari Persatuan Kakitangan Akademik (PKA), Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (Pragmatis), Kesatuan Kakitangan Sokongan (Kusima), Jabatan Keselamatan, Pusat Islam, Pusat Komunikasi Strategik (StraComm), Kelab Wardah dan Kelab Setiausaha USIM.

Bergotong royong memasak sempena majlis akikah.

Pengerusi BKK, Prof Madya Dr Azman Ab Rahman berkata, Hari Keluarga ini untuk permulaannya fokus kepada warga USIM dahulu untuk menggalakkan semua warga USIM merasai hari keluarga ini kerana selepas 12 tahun tidak diadakan. Walaupun padang basah kerana hujan, namun aktiviti berjalan lancar, kali ini dapat penyertaan untuk majlis yang dibantu Pusat Islam dan Jabatan Keselamatan USIM, manakala acara sukaneka lebih berbentuk teambuilding untuk rapatkan hubungan sesama staf USIM.

Naib Canselor USIM, Prof Datuk Dr Musa Ahmad berkata, ini merupakan satu permulaan yang sangat baik dengan kehadiran sambutan kakitangan USIM dengan tema hari cinta USIM ini di mana kebersamaan perlu dicipta untuk melahirkan rasa cinta pada USIM dan salah satu cara untuk menjaga kebajikan warga USIM.

Para peserta teruja mencuba permainan Dragon Ball.
"Apabila kita cintakan USIM, kita akan menggunakan sedaya upaya dengan jiwa raga kita untuk menjadikan USIM terus maju. Bagi yang belum menemui cinta kepada USIM, kita perlu cari ruang dan muhasabah diri untuk cari titik kecintaan itu supaya dapat memberikan perkhidmatan yang baik dan cemerlang.

"Ini merupakan pra Hari Keluarga USIM, di mana perancangan lepas ini akan perkasakan lebih banyak agenda ke arah kekeluargaan USIM, seperti program disertai pasangan dan anak kakitangan untuk mengenali USIM dengan lebih rapat untuk mereka rasai bahawa mereka adalah sebahagian dari keluarga USIM juga. Program seperti ini sangat penting untuk staf saling mengenali dan merapatkan ukhuwah kerana untuk berjaya kita kena cipta kebersamaan dan rasa cinta pada USIM,” katanya.

Prof Datuk Dr Musa Ahmad (tengah) menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Wakil dari PKA USIM, Dr Abdul Hafiz Abu Hasan melahirkan rasa seronok kerana acara permainan sangat menarik, kelainan dari permainan yang selalu kita sertai dan yang paling penting semangat dari staf pentadbiran dan akademik menjayakan program ini.

"Hari keluarga yang ditunggu-tunggu, majlis seperti ini dapat lahirkan kecintaan pada USIM kerana penglibatan pelbagai persatuan dari peringkat Pengurusan dan Profesional, akademik mahupun pelaksana tanpa mengira pangkat dapat bersama-sama, dan saya cadangkan dapat diadakan dua tahun sekali untuk terus lebih akrab dan mengeratkan silaturahim antara warga USIM,” ujar Norazlina Abu Zahar dari wakil Kusima yang turut sertai pertandingan gubahan sirih junjung.

Bergambar beramai-ramai setelah program tamat.

Nurliyana Mohamed Razali, wakil Pragmatis menyatakan perasaan seronok kerana selepas 12 tahun tidak diadakan kemeriahan tetap dirasai walaupun baru lima tahun berkhidmat di USIM. Diharap dapat diadakan lagi Hari keluarga ini kerana ia mampu wujudkan keakraban, kemesraan dan semangat berpasukan, dari tidak mengenali orang dapat menjadi kawan. Selain dapat juga melahirkan rasa cinta pada USIM kerana aktiviti kebersamaan di luar, selain laksanakan kerja hakiki sebagai warga USIM.

Majlis penyampaian hadiah disampaikan oleh Prof Datuk Dr Musa Ahmad. Turut hadir Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Prof Datuk Dr Roshada Hashim, Pendaftar USIM, Prof Madya Dr Mohd Rushdan Mohd Jailani, Datuk Muhammad Haizuan Rozali, Dr Hayati Ismail Pengarah Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) dan ahli Pengurusan universiti lain.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...