> > Uniknya etak yang patut anda tahu sehinggakan UMK pun lakukan penyelidikan...
Uniknya etak yang patut anda tahu sehinggakan UMK pun lakukan penyelidikan...

JIKA sebut sahaja etak atau dalam dialek Kelantan iaitu etok, sudah pastinya bagi bukan penggemar mahupun orang luar ia agak jijik untuk dimakan. Namun bagi penduduk setempat atau lebih tepat lagi penggemarnya ia boleh menjadi ketagih untuk menikmatinya.

Mengapa ketagih? Ini disebabkan rasanya yang lemak-lemak masin. Jika kemam lama-lama di dalam mulut, adoi, sangatlah sedap. Apatah lagi sekarang ini dijual dengan pelbagai perisa.

Uniknya etak ini, sehinggakan sepasukan penyelidik dari Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) diketuai Dekannya, Prof Madya Ahamad Tarmizi Azizan menjalankan penyelidikan di bawah Skim Penyelidikan Trans Disiplinari (TRSG).

AHAMAD TARMIZI

Skim yang diketuai Dekan Fakulti Sains Bumi, UMK, Prof Madya Dr Aweng Eh Rak turut melibatkan lima penyelidik (staf akademik), seorang staf pereka dan tiga penuntut pasca siswazah dari fakulti sama iaitu Dr Tengku Fauzan Tengku Anuar, Dr Arief Datoem, Dr Tsuji, Dr Hana Yazmeen Hapiz, Noor Syamimi Mohd Nawi, Siti Norhayati Shamsudin, Mohd Fariz Mohd Zain, Zulkifli Abd Rahim dan Zaim Mohd Zaki.

Mereka telah menjalankan penyelidikan sejak 2016 bagi projek mendokumentasikan etak salai sebagai makanan tradisi Kelantan dan bagaimana warisan tradisi tersebut diperturunkan dari generasi ke generasi.

Mengikut perkongsian Ahmad Tarmizi, sebagai satu produk warisan tidak ketara, etak salai seharusnya dimartabatkan sebagai satu makanan warisan tradisi yang wajar diiktiraf sebagai satu khazanah negara kerana keunikan makanan ini.

“Memakan etak ini sudah menjadi satu budaya makanan di negeri Cik Siti Wang Kembang, Tanah Serendah Sekebun Bunga (Kelantan) sejak bertahun lamanya. Etak ini, uniknya kulitnya perlu dibuka dengan gigi.
Kumpulan penyelidik yang berusaha mendokumenkan etak sebagai makanan warisan negeri ini.
“Mengikut petua orang lama juga, kulit etak itu sendiri boleh digunakan untuk membukanya. Mungkin cara itu untuk mereka yang tidak mampu untuk menggigitnya, maklum sahajalah kulitnya agak keras,” katanya ketika ditemu bual Sinar Harian.

Menyatukan pelbagai kaum

Jelas Ahamad Tarmizi lagi, sejak tahun 1960an, hidupan etak telah dijadikan makanan golongan nelayan seperti kepah dan lala yang dimasak bersama sayur, masak lemak, rebus dengan serai dan ia juga sumber pencarian penduduk di kawasan pinggir sungai kerana permintaan tinggi.

Namun ujar Ahamad Tarmizi lagi, etak salai merupakan makanan warisan yang paling mendapat sambutan sehingga menjadi makanan tradisi masyarakat di Kelantan dan telah diinovasi dengan pelbagai ramuan khas sebagai menu.

Zulhairi Abdul Razak, dari Kampung Jal Kechik, Tumpat memperkenalkan etak tiga rasa.
“Berdasarkan kajian yang dijalankan, didapati amalan pemakanan etak salai telah menjadi tradisi masyarakat di negeri Kelantan sejak tahun 1960an. Amalan pemakanan etak salai ini diwarisi sejak turun-temurun. Pada peringkat awal, makanan ini hanya dimasak oleh nelayan laut dalam dan nelayan air tawar sebagai satu sumber makanan ringan,” katanya.

Namun, hasil kreativiti ahli masyarakat di negeri ini yang aktif sebagai usahawan, hidupan etak ini telah dijadikan produk komersil bagi menambah sumber pendapatan dengan kaedah berniaga etak salai.

Biarpun amalan makan etak salai di negeri ini masih terpelihara dan menggalakkan, tetapi berdasarkan dapatan pengkaji UMK, prospek dan potensi perniagaan etak salai di Kelantan pada masa kini amat meruncing.
Terdapat etak yang bersaiz sebesar duit syiling 50 sen.

Hal ini juga kerana bekalan etak mentah di negeri ini semakin sukar diperoleh dengan mudah kesan pencemaran habitat hidupan tersebut.

Kemungkinan harga etak juga akan lebih mahal lagi dengan mengambil kira pengharaman penangkapan binatang bercangkerang termasuk juga etak di Pahang yang menjadi pembekal utama etak di Kelantan.

Mungkin sudah tiba masanya pihak berkenaan perlu memikirkan sesuatu selain meningkatkan sumber warisan budaya ia juga membantu ekonomi rakyat.

Etak bukanlah satu makanan yang pelik, tapi kepada mereka yang singgah di negeri Cik Siti Wan Kembang perlu dan wajib merasa keenakan etak. Warisan ini juga yang menyatukan pelbagai kaum di negeri ini, termasuklah masyarakat Siam.

Cham Roen (kanan) membeli etak yang dijual di Kampung Morak kerana baginya kesedapan rasanya berlainan dari tempat lain.
“Mari kelate, jange lupo make etok, sedap bohh.."

Mengenali etak

*Nama saintifik: Corbicula fluminea dikenali juga sebagai kijing atau remis.

*Spesies: Kerang air tawar

*Habitat: Hidup di dasar sungai yang berpasir dalam kawasan air yang mengalir.

*Sifat fizikal: Memiliki dua belah cangkerang yang lazimnya terdapat dalam dua warna, iaitu coklat kehitaman dan warna kuning cerah. Etak bercangkerang warna coklat kehitaman sering ditemukan di kawasan sungai air tawar yang berlumpur, manakala berwarna kuning cerah pula di kawasan berpasir. Hidupan Etak ini mula membiak sejak tahun 20an hingga 30an di tebing Sungai Kelantan.

Bukan hanya untuk disalai, malah etak juga sedap dibuat masak lemak.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...