> AKTIVITI SENI > Meriah! Apabila seni dua benua bertembung di Panggung Eksperimen Aswara...
Meriah! Apabila seni dua benua bertembung di Panggung Eksperimen Aswara...
NOR ASYIKIN ABDUL RAHMAN Isnin | 8 April 2019

KUALA LUMPUR - Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) telah menganjurkan Program Pertukaran Budaya dengan Universiti Translyvania, Brasov, Romania bertempat di Panggung Eksperimen, Aswara, pada baru-baru ini.

Program dirasmikan Pengerusi Lembaga Pengarah Aswara, Datuk Rashidi Hasbullah itu disertai seramai 31 peserta termasuk pensyarah dari Universiti Transylvania, Brasov, Romania serta 40 penuntut Aswara yang membuat persembahan serta terlibat dengan pengurusan produksi.

Rashidi dalam ucapannya, mengalu-alukan program berprestij di antara muzik tradisional Romania dan persembahan tarian daripada universiti berkenaan.

Rashidi ketika berucap merasmikan program.
“Kami berbesar hati apabila anda berada di kampus ini dan memilih Aswara untuk program pertukaran budaya ini. Apabila Timbalan Ketua Misi dari Kedutaan Romania, Camelia Tudose menghubungi Aswara dan menyatakan hasrat untuk mengadakan program pertukaran kebudayaan, kami berasa teruja untuk mengalu-alukan muzik dan tarian dari Universiti Transylvania, Brasov, Romania,” ucapnya.

Jalinan kerjasama pertukaran budaya antara dua universiti ini telah memberikan peluang kepada para penuntut untuk mendapatkan lebih banyak pemahaman dan pengetahuan serta menghargai nilai kebudayaan kedua-dua negara.

Persembahan tarian daripada penuntut Aswara.
“Melalui program seperti ini, kita bukan sahaja dapat belajar mengenai budaya Romania dan Malaysia, tetapi juga dapat membina hubungan kebudayaan antara kedua-dua negara,” katanya lagi.

Persembahan dimulakan oleh penuntut daripada Fakulti Tari Aswara. menerusi gabungan lagu dan tarian tradisional popular tempatan seperti lagu Siti Payung, persembahan Tarian Inai, nyanyian Laksamana Raja Di Laut dan Sayang serta persembahan oleh The Meriam Besi Band daripada Fakulti Muzik Aswara dan diakhiri dengan Zapin Melayu.

Pelajar Universiti Transylvania pula tampil menarik dengan persembahan klasik Dance Din Moldova, gabungan vokal Kentec, Dan's Din Transilvania, Suita Instrumentala Din Transilvania dan Dan's Din Banat sebelum kedua-dua mereka bergabung dalam persembahan Joget Lambak.

Persembahan klasik daripada penuntut Universiti Transylvania.

Para penuntut dari kedua-dua negara memainkan peranan dalam memelihara dan memulihara budaya, memperkenalkan dan memartabatkan budaya negara masing-masing.

Malah, menerusi program pertukaran budaya seperti ini, para penuntut dapat meneroka kepelbagaian bahasa, budaya, dan teknik-teknik persembahan tradisional di antara kedua-dua negara yang akan menjadikan mereka lebih terbuka dengan budaya di samping merasakan pengalaman berinteraksi secara global seperti mana diserlahkan menerusi persembahan gabungan dalam Joget Lambak.
Bergabung dalam Joget Lambak.

Program berkenaan turut dihadiri Duta dari Kedutaan Romania di Malaysia, Nistor Constantin Volodea; Ahli Lembaga Pengarah Aswara yang juga Timbalan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Mohd Nasir Hj Hamzah; Ahli Lembaga Pengarah Aswara, Datuk A Rahman Hassan; Presiden Senat Universiti Transylvania, Tierean Mircea Horia; Timbalan Rektor Fakulti Perubatan, Universiti Transylvania, Prof Dr Rogozea Liliana Marcela; Timbalan Rektor Bahagian Hal Ehwal Pelajar Aswara, Raja Nor Sheela Raja Aziddin; Timbalan Pendaftar Bahagian Hal Ehwal Akademik Aswara, Mohd Amir Hakim Mohd Yusuf serta wakil dari Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan.

Bergambar kenangan.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...