> UTARA > Nikmat apa lagi yang kau dustakan? ‘Peringatan’ Ustaz Ebit Lew ini buat hati kita sebak!
Nikmat apa lagi yang kau dustakan? ‘Peringatan’ Ustaz Ebit Lew ini buat hati kita sebak!
SITI FATIMAH ABDULLAH Isnin | 15 April 2019

“Semua terjadi dalam dunia ini kerana Allah sayang pada kita, Dia nak beri rahmat dan kebaikan dalam hidup kita. Janganlah bersedih kita ada Allah. Jaga solat awal waktu pasti Allah akan jaga dan sempurnakan hidup kita.”

Demikian pesanan Ustaz Ebit Lew ketika menyampaikan ceramah bertajuk Nikmat Apa Lagi Yang Kau Dustakan? sempena Open Day: BR Hackathon Day 2019 anjuran Inasis Bank Rakyat yang menyaksikan sambutan menggalakkan apabila ramai yang membanjiri padang Kachi, UUM.

Jelasnya, walaupun manusia sama rendah sama tinggi tetapi ujian dalam hidup ini berbeza-beza ada di antara kita daripada keluarga bermasalah, ada antara kita macam-macam ujian datang.

“Saya pernah tengok orang di Bangladesh, orang miskin yang minta sedekah dekat tepi jalan, atas jambatan dia bawa jenazah lalu saya menangis-nangis tengok jenazah dekat jambatan dan masukkan duit dalam tabung.

“Tiba-tiba polis datang dan ketuk jenazah, masa tu saya fikir “jahat betul polis kat sini.” saya rasa nak marah, tiba-tiba jenazah tu bangun dan berlari rupa-rupanya belum meninggal,” ceritanya.

Di India, dekat perhentian kereta api, tepi jalan banyak anjing-anjing tidur dalam masa yang sama anak-anak kecil tidur di tepi longkang, di sepanjang bandar tengok sahaja celah kotak atau celah longkang, bersepah-sepah orang tidur.

“Tapi tahukah apa yang lebih teruk dan lebih berat dalam hidup ini? Lebih menakutkan daripada apa yang berlaku di India, Bangladesh dan negara miskin, lebih dahsyat dari tsunami, gempa bumi, hari kiamat dan kematian? Apa yang lebih teruk daripada semua ini ialah orang yang hidup mengecapi macam-macam nikmat, tapi dia tidak kenal tuhan yang beri dia nikmat!

“Yang paling malang dalam dunia ini, kita berjalan, tapi dahi kita tak sujud pada yang memberi kita nikmat berjalan. Kita makan minum, tapi kita tak sujud pada yang memberi makan minum, kita diberi macam-macam nikmat dalam dunia, tapi kita tak kenal tuhan kita yang sebenar.

Sebab itu bila manusia kenal tuhan, kenal ALLAH, hati kita bahagia, tenang walaupun dia orang miskin, walaupun dia orang kaya, walaupun dia belum ada anak, walaupun dia tak dapat masuk belajar di universiti, walaupun dia gagal di universiti, siapa sahaja dalam dunia.

Syarat nombor satu bahagia itu, dalam hati kita. Bila hati kita mengenal tuhan, mengenal Allah, itulah kebahagiaan yang sebenar. “FabiayyialaiRabbikuma Tukazdzibaan” dekat akhirat nanti, kita akan duduk satu majlis kita akan dengar surah ini dibacakan dan rasa begitu nikmat.

Hari itu baru kita sedar betapa banyak salah kita. “Wahai jin dan manusia, nikmat Aku yang manakah yang kamu dustakan?” dan kita akan terus mendengar bacaan yang tidak ada gambaran, perkataan yang diungkapkan.

Kita dikumpulkan pada majlis ini kerana Allah sayang kita. Dia tengok kita sekarang, daripada dulu sampai sekarang Dia tidak pernah lupakan kita.

Oleh itu kita kena rasa syukur pada Allah, rasa bahagia. Bahagia tu di mana? Cuba semua pegang kat mana bahagia? Dekat hati kita. Bila kenal tuhan kenal ALLAH, kita tak tengok apa kita dapat, tapi kita lihat siapa yang memberi nikmat itu.

Kita tak tengok apa yang kita tanggung, tetapi siapa yang sedang menguji kita. Kita tak pernah seorang dalam hidup kita. Mungkin orang tinggal kita masa kita susah, mungkin orang kita sayang tak bantu kita masa kita tengah sedih, mungkin orang yang kita harapkan tak boleh harap waktu kita perlukan dia, tapi kalau hati kita mengenal tuhan, mengenal ALLAH, kita sangat bahagia.

Dulu saya tak bahagia, keluarga saya tak kenal tuhan, tak mengamalkan apa-apa agama, tiada. Satu hari bila saya dapat kenal tuhan, kenal ALLAH, hidup saya berubah. Saya rasa gembira, bahagia, walaupun kami makan satu pinggan satu keluarga, tak cukup makan kena suap-suap, kena share, kena mengalah, tapi saya rasa bahagia.

Walaupun hari itu masa umur belasan tahun di luar negara, saya tidur atas guni, sejuk mencengkam tubuh mujurlah ada orang hulurkan alas tidur, saya rasa syukur, gembira. Saya tak mengeluh sebab saya syukur sebab saya kenal ALLAH.

Kita semua sebuah keluarga, antara kita ada Islam, bukan Islam, bangsa lain dalam majlis ini, tapi kita dijadikan oleh tuhan dengan satu tujuan, supaya kita balik kepada Dia dalam keadaan kita diredhai-Nya. Duduk di majlis ilmu ini, ALLAH ampunkan dosa kita.

Dosa kita semua diampunkan oleh ALLAH. Dan nama kita, mak ayah disebut dalam majlis para malaikat. Sesiapa mak ayah yang meninggal dunia waktu ini, nama mereka disebut-sebut oleh para malaikat. Ilmu ada dua iaitu Ilmu di lidah digunakan untuk berbahas, bergaduh tetapi ilmu di hati ialah ilmu Rasulullah iaitu semakin melalui hidup, semakin rindu pada ALLAH.

Makin lalui hidup, makin cinta, sayang pada ALLAH. Makin lalui hidup, makin teringin, nak berterima kasih kepada ALLAH. Makin lalui hidup, menyebut nama ALLAH, makin manis, makin nikmat dan makin indah. Saat semua orang tengah hanyut dengan perbualan, mereka hanyut dengan memuji ALLAH.

Waktu malam ketika anak muda lain berseronok tapi mereka di waktu malam bangun untuk membantu orang miskin anak-anak yatim. Mungkin tengah malam mereka bangun menangis depan ALLAH. Mungkin tengah malam dia jaga mak ayah yang sakit ini kerana hati mereka hidup dan lalui hidup dengan cinta sepertimana Nabi Muhammad SAW melalui hidup dengan cinta dan sayang.

Kita sebut nama-nama orang yang terkenal membuatkan hati kita berdebar, Ada kawan saya memandu Dari KL, Penang kemudian ke Johor dan malam tu saya ada ceramah di Kedah. Dalam perjalanan dia dah penat, katanya “Ustaz saya nak tidur dulu. Tak larat, rasa macam nak meninggal.

Saya jawab eloklah tidur dulu sebelum kita semua meninggal sekali.” Baru nak tidur tiba-tiba ada kereta parking dekat sebelah. nampak macam artis, jadi saya pun cakap Nora Danish kat sebelah tu. Teruja sungguh dia dan lepas ambil gambar terus hilang mengantuk malah boleh memandu sampai Kedah.

Orang ramai membanjiri padang Kachi UUM bagi mendengar perkongsian dari Ustaz Ebit Lew.

Nama seseorang boleh buat hilang mengantuk, hilang letih semua boleh lupa kerana jumpa orang yang kita segani. Bila sebut nama ALLAH yang jaga kita dari dulu sampai sekarang, takkan sikit pun tak rasa rindu? Takkanlah masa sembahyang kita tak rasa sedih, tak rasa nak berterima kasih pada Dia? Takkan waktu subuh, kita dengar nama ALLAH, ajak sembahyang, tak boleh tinggalkan tempat tidur dan selimut untuk pergi ke masjid?

Umur kita makin bertambah, dulu tak pandai handsome-handsome, sekarang semua lelaki handsome belaka, dulu kakak-kakak comot, berhingus, sekarang wahh.. pandai make-up, di facebook semua tiada rupa sebenar dah macam orang lain. Macam orang putih dan Korea macam hantu pun ada.

“Saya teringat, waktu musim sejuk di Pakistan, saya tidur atas guni lalu seorang pakcik dia tengok saya, dia menangis, katanya, “nak, kenapa tidur sini? Mati kau nanti.” Walaupun bersuara garang tapi dia menangis.

“Ketika musim sejuk, orang pakai baju sejuk, saya tiada duit nak beli baju sejuk. Jadi dia ajak pergi beli alas tidur. Dia balut badan sampai kepala sampai sekarang saya simpan sebab terhutang budi dan pakcik tu pun dah meninggal.

“Kalau orang bagi sehelai kain, kita rasa terhutang budi, tengah lapar kawan kita belanja makan dan kalau yuran tak mampu bayar, tiba-tiba ada yang tolong bayarkan, sampai mati kita takkan lupa. Inikan pula tuhan yang bagi semua nikmat dari dulu sampai sekarang yang menjadikan kita, Dia bagi kita melihat, mendengar, bercakap, bernafas 24 jam, berjalan, dia bagi mak ayah yang baik, dia jaga jantung kita masa kita sedang tidur.

“Dia yang kumpulkan kita pada malam ini, dia bagi kita dapat kenal dia, dia beri kita rasa bahagia dalam hidup, dia jaga kita 24 jam.

Barisan pelaksa program yang terlibat dalam ceramah sempena Open Day BR Hackathon 2019 anjuran Inasis Bank Rakyat.

“Dia tahu apa isi hati kita. Dia tak pernah lupakan kita walau sesaat. Takkan kita langsung tak rasa rindu, nak cakap terima kasih ALLAH? Takkan sikit pun tak terasa rindu nak berbual-bual, menangis depan ALLAH waktu malam?” luahnya.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...