> ISU > Polis lancar Op Kesan cari Acap
Polis lancar Op Kesan cari Acap
MOHAMAD HAFIZI MOHD SAID Isnin | 15 April 2019

GOPENG - Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perak melancarkan Operasi Khas Op Kesan bagi mencari dan menyelamat peserta Gopeng Ultra Trail 2019, Mohammad Ashraf Hassan, 29, yang hilang sejak 23 Mac lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, operasi yang diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd Rahman itu dijalankan melibatkan 10 kilometer (km) persegi kawasan baru.

"Operasi hari ini (Sabtu) dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak melibatkan 170 pegawai dan anggota termasuk 15 pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman serta dua ekor anjing dari Unit Anjing Pengesan.
"Dalam operasi ini, kita akan mencari mangsa di kawasan baharu meliputi 10km persegi di kawasan yang belum pernah dicari sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Op Kesan di Pusat Kawalan Bomba di Kampung Pintu Padang di sini, Sabtu lalu.

Tambah Razarudin, operasi tersebut turut dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Sebelum ini, lebih 800 individu menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) termasuk 180 pegawai dan anggota pelbagai agensi terlibat dalam operasi bersepadu besar-besaran yang dihentikan secara rasmi pada 30 Mac lalu.

JBPM Perak bagaimanapun masih meneruskan operasi SAR mencari mangsa sehingga ke hari ini dalam skala yang kecil.

ARTIKEL BERKAITAN: Ini yang keluarga Ashraf lakukan di lokasi terakhir dia ditemui

ARTIKEL BERKAITAN: 'Petunjuk' baru! Mak mimpi Ashraf di Gua Tempurung, pengamal perubatan Islam nampak perkara sama

ARTIKEL BERKAITAN: Meremang rasa! Orang kampung pernah nampak 'sekumpulan lelaki dan wanita' naik ke bukit bawa obor...

ARTIKEL BERKAITAN: Kenyataan terkini pihak polis! Perbetulkan fakta sebenar kehilangan Acap

ARTIKEL BERKAITAN:Pemuda pernah hilang di Broga dedah kehilangan Acap, "bukan depa (bunian) yang ambik dia" tapi...

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, Mohammad Ashraf Hassan, 29, graduan Nilai International University College memulakan larian dari Gua Tempurung bagi kategori 25km disedari hilang selepas mangsa tidak tiba di garisan penamat meskipun berada pada kedudukan 10 peserta teratas dalam pertandingan itu.

Operasi mencari kemudiannya digerakkan bermula di check point 6, lokasi terakhir mangsa yang bekerja sebagai juruteknologi makmal perubatan di Pejabat Kesihatan Muar dilihat iaitu kira-kira 12km dari garis mula.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...