> ISU > Op Kesan gagal menemui petunjuk baharu kehilangan Acap, polis kaji geografi laluan trek
Op Kesan gagal menemui petunjuk baharu kehilangan Acap, polis kaji geografi laluan trek
MOHAMAD HAFIZI MOHD SAID Isnin | 15 April 2019

GOPENG - Polis Perak akan mengkaji geografi laluan trek perlumbaan dan kawasan sekitarnya dalam usaha mencari dan menyelamat (SAR) peserta Gopeng Ultra Trail 2019, Mohammad Ashraf Hassan, 29, yang hilang sejak 23 Mac lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd Rahman berkata, pihaknya juga akan mengkaji maklumat lain berkaitan kes kehilangan Juruteknologi Makmal di Klinik Kesihatan Bandar Maharani, Muar itu yang memasuki hari ke-22 dilaporkan hilang.

"Walaupun Operasi Khas Op Kesan yang kita jalankan hari ini (Sabtu) gagal menemui sebarang petunjuk baharu, pencarian tidak akan berakhir kerana kita akan terus menyiasat.
"Pihak polis akan mengkaji faktor lain seperti geografi kawasan ini dan maklumat lain. Kita juga tidak teragak-agak untuk mengumpulkan pegawai dan anggota yang lebih ramai sekiranya diperlukan,” katanya selepas operasi berkenaan tamat pada 2 petang di Gua Tempurung di Gopeng, Sabtu lalu.

Beliau berkata, pihaknya tidak kecewa walaupun gagal menemui sebarang petunjuk baharu, sebaliknya ia menunjukkan komitmen Polis Perak terutama Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dalam usaha mencari mangsa.

Anggota PDRM yang terlibat dalam Operasi Khas Op Kesan mencari Mohammad Ashraf yang dijalankan sehingga jam 2 petang di Gua Tempurung di Gopeng, Sabtu lalu. Gambar kecil: Yahya.
“Pencarian hari ini (Sabtu lalu) melibatkan kawasan penamat perlumbaan sehingga ke titik terakhir signal telefon bimbit mangsa dikesan sebelum ini sejauh 2.8 kilometer (km).
"Kita telah melakukan fokus pencarian seluas radius 4.14 km persegi terutama di kawasan paya, lombong tinggal dan anak sungai namun masih belum menemui sebarang petunjuk," katanya.

Yahya sekali lagi turut menegaskan, tiada unsur khianat dalam kejadian tersebut dan menyiasatnya mengikut kes orang hilang.

“Kes ini berlainan dengan kejadian orang hilang yang disiasat polis sebelum ini, yang biasanya mempunyai kaitan dengan melarikan diri kerana masalah keluarga.
“Walaupun Mohammad Ashraf hilang di dalam hutan, kita bagaimanapun percaya dia tidak diserang binatang liar kerana tiada sebarang kesan dan petunjuk ke arah itu setakat ini,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ini yang keluarga Ashraf lakukan di lokasi terakhir dia ditemui

ARTIKEL BERKAITAN: 'Petunjuk' baru! Mak mimpi Ashraf di Gua Tempurung, pengamal perubatan Islam nampak perkara sama

ARTIKEL BERKAITAN: Meremang rasa! Orang kampung pernah nampak 'sekumpulan lelaki dan wanita' naik ke bukit bawa obor...

ARTIKEL BERKAITAN: Kenyataan terkini pihak polis! Perbetulkan fakta sebenar kehilangan Acap

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda pernah hilang di Broga dedah kehilangan Acap, "bukan depa (bunian) yang ambik dia" tapi...

Sementara itu, abang mangsa, Mohd Zahiruddin berkata, ahli keluarganya tetap yakin Mohammad Ashraf masih hidup.

Mohd Zahiruddin yakin Mohamad Ashraf masih hidup.
“Kami sekeluarga terutama ibu masih yakin adik masih hidup dan sebab itu usaha mencarinya tetap diteruskan setiap hari.
“Jika dia sudah meninggal, anjing pengesan sudah tentu boleh menjejakinya namun sehingga hari ini masih belum dapat menemuinya,” katanya.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, Mohammad Ashraf Hassan, 29, graduan Nilai International University College memulakan larian dari Gua Tempurung bagi kategori 25km disedari hilang selepas mangsa tidak tiba di garisan penamat meskipun berada pada kedudukan 10 peserta teratas dalam pertandingan itu.

Operasi mencari kemudiannya digerakkan bermula di check point 6, lokasi terakhir mangsa yang bekerja sebagai juruteknologi makmal perubatan di Pejabat Kesihatan Muar dilihat iaitu kira-kira 12km dari garis mula.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...