> > Keluarga minta orang ramai berhenti cari Ashraf? Polis akan buat pengumuman dalam masa terdekat
Keluarga minta orang ramai berhenti cari Ashraf? Polis akan buat pengumuman dalam masa terdekat
MOHAMAD HAFIZI MOHD SAID Isnin | 15 April 2019

GOPENG - Pihak polis mengesahkan menerima laporan waris peserta Gopeng Ultra Trail 2019, Mohammad Ashraf Hassan, 29, yang hilang sejak 23 Mac lalu, supaya orang awam menghentikan operasi mencari.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim ketika dihubungi berkata, pihaknya ada menerima laporan polis yang dibuat abang Mohammad Ashraf iaitu Mohammad Azlan, pada jam 5.20 petang semalam.

Ditanya apakah tindakan lanjut pihak polis, Hasron Nazri berkata, polis akan membuat pengumuman dalam masa terdekat.

Menurut laporan polis yang dibuat Mohammad Azlan, bukan hanya berhenti daripada mencari bahkan meminta agar segala spekulasi dan berita tidak benar mengenai adiknya juga dihentikan.

"Waris ini telah pun berbincang dengan pihak ketua kampung Kampung Pintu Padang dan kerana itu dia tampil membuat laporan," katanya mengenai laporan polis tersebut.

Sementara itu, usaha Sinar Harian mendapatkan ahli keluarga mangsa iaitu abangnya masih belum mendapat sebarang maklum balas setakat ini.ARTIKEL BERKAITAN: Ini yang keluarga Ashraf lakukan di lokasi terakhir dia ditemui

ARTIKEL BERKAITAN: Ini yang keluarga Ashraf lakukan di lokasi terakhir dia ditemui

ARTIKEL BERKAITAN: 'Petunjuk' baru! Mak mimpi Ashraf di Gua Tempurung, pengamal perubatan Islam nampak perkara sama

ARTIKEL BERKAITAN: Meremang rasa! Orang kampung pernah nampak 'sekumpulan lelaki dan wanita' naik ke bukit bawa obor...

ARTIKEL BERKAITAN: Kenyataan terkini pihak polis! Perbetulkan fakta sebenar kehilangan Acap

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda pernah hilang di Broga dedah kehilangan Acap, "bukan depa (bunian) yang ambik dia" tapi...

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, Mohammad Ashraf Hassan, 29, graduan Nilai International University College memulakan larian dari Gua Tempurung bagi kategori 25km disedari hilang selepas mangsa tidak tiba di garisan penamat meskipun berada pada kedudukan 10 peserta teratas dalam pertandingan itu.

Operasi mencari kemudiannya digerakkan bermula di check point 6, lokasi terakhir mangsa yang bekerja sebagai juruteknologi makmal perubatan di Pejabat Kesihatan Muar dilihat iaitu kira-kira 12km dari garis mula.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...