> AKTIVITI KAMPUS > Minggu Kesenian Islam UMT, asah bakat kepimpinan mahasiswa
Minggu Kesenian Islam UMT, asah bakat kepimpinan mahasiswa

KUALA NERUS - Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 18/19 Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah mengadakan program Minggu Kesenian Islam yang bermula pada 19 hingga 24 Mac 2019.

Program melibatkan kerjasama antara Kelab 6 Sayap Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM) dan Kelab Amatur Intelektual (KAI) diadakan di Kompleks Siswa, Pusat Islam Sultan Mahmud, dan sekitar kawasan kampus UMT.

Pengisian Pimpin Aku Ke Syurga.
Program disertai seramai 200 orang Ahli Jawatan Kuasa ini merupakan inisiatif untuk memperkenalkan kesenian Islam daripada pelbagai sudut iaitu gaya hidup, budaya, sukan, serta hiburan berlandaskan Islam yang sebenarnya.

Menurut Timbalan Pengarah Program Mingguan Kesenian Islam, Mohamad Syakir Zufairy, antara objektif program adalah untuk menghasilkan mahasiswa yang mampu menjadi pelaksana program dengan mengerjakan tugas dengan sempurna, baik secara hasil ataupun proses.

Persembahan nasyid mahasiswa.

"Seterusnya seni dalam Islam juga dapat diketengahkan daripada pelbagai sudut iaitu sudut sukan, gaya hidup, dan hiburan. Sebanyak 20 slot yang telah diadakan sepanjang minggu kesenian Islam ini berlangsung," katanya.

Beberapa aktiviti yang dijalankan ialah slot Pimpin Aku ke Syurga, pertandingan silat UMT, wayang pacak, speaker's corner, explore siyahah (kembara), program tilawah al-Quran, iftar perdana, pertandingan bercerita sirah Nabi, pameran kesenian Islam, program Murrabi Sejuta Ummah, program Kayuhan Kasih Cakna Komuniti, Simposium Belia Islam Negara dan banyak lagi.
Program pengisian rohani.

Program dirasmikan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Profesor Ts. Dr Che Mohd Ruzaidi Ghazali ini turut dihadiri selebriti terkenal antaranya, Da’I Izzhar, Dai Amirah dan Dai Iihami (Pendakwah Daie TV3), Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus, kumpulan nasyid Rabithah dan Hafiz Hamidun.

Penceramah Undangan Ustaz Azhar Idrus menarik ramai pengunjung.

Program ini juga adalah salah satu misi untuk mengasah kepimpinan serta kesabaran dalam menjayakan sesuatu program dengan kerjasama yang baik antara semua pihak.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...