> > Pelaksanaan levi pelepasan jejaskan aktiviti luar penuntut USIM
Pelaksanaan levi pelepasan jejaskan aktiviti luar penuntut USIM
MUHAMAD ASMAR OMAR, USIM Isnin | 15 April 2019

BARU-baru ini Dewan Rakyat telah bersetuju meluluskan Rang Undang-undang Levi Pelepasan 2019 setelah ia dibentangkan untuk bacaan kali kedua.

Tindakan ini susulan daripada pembentangan bajet 2019 di mana kerajaan bercadang mengenakan levi pelepasan ke atas semua penumpang penerbangan yang keluar negara mulai 1 Jun 2019 dalam usaha menggalakkan pembangunan pelancongan domestik.

Perkara yang merisaukan penulis adalah cukai yang baru diperkenalkan ini dikenakan juga kepada golongan pelajar yang hendak ke luar negara kerana seperti yang kita sedia maklum, ramai daripada kalangan pelajar Malaysia yang menuntut di universiti luar negara.

Tidak kurang juga bagi pelajar yang melaksanakan aktiviti pengembaraan ke luar negara seperti pelajar-pelajar daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang saban tahun akan ke luar negara bagi melaksanakan program Global Islamic Student Outreach (GISO) di mana program ini memfokuskan kepada pemindahan dan perkongsian ilmu dan manfaat di antara pelajar dan komuniti setempat yang diziarahi.

Penulis bimbang jika perkara ini benar-benar berlaku ianya bakal menjejaskan galakkan pelajar kita untuk ke luar negara.

Menurut laporan tahunan 2017 yang dikeluarkan USIM sepanjang tujuh tahun penganjuran GISO dari tahun 2011 hingga tahun 2017, sejumlah 236 pengembaraan dengan penglibatan 5031 orang telah dilaksanakan meliputi sebanyak 23 buah negara.

Statistik ini jelas menunjukkan kekerapan pelajar USIM melangkah keluar sempadan negara demi menjalankan misi kesukarelawanan di pelbagai negara terutamanya negara minoriti umat Islam.

Jika levi pelepasan ini dilaksanakan, ia merupakan cukai tambahan yang dikenakan setelah buat masa kini penumpang penerbangan dikenakan caj perkhidmatan penumpang sebanyak RM73 yang dikenakan oleh pihak lapangan terbang sekali gus menambah lagi beban pelajar yang ke luar negara kerana berdasarkan pembentangan Belanjawan 2019, kerajaan mencadangkan kadar levi yang dikenakan adalah RM25 jika menuju ke negara ASEAN dan RM40 jika ke negara lain.

Perkara ini berkait rapat dengan kos sara hidup pelajar di universiti setelah negara dikejutkan dengan isu siswa ikat perut yang berlaku di Universiti Malaya (UM).

Hal ini kerana, kebanyakkan mahasiswa yang menuntut di universiti awam merupakan pelajar daripada keluarga berpendapatan 40 peratus terendah (B40) yang memerlukan perhatian daripada pelbagai pihak dan golongan ini tidak seharusnya dikenakan beban yang berganda memandangkan mereka merupakan aset modal insan kepada negara.

Oleh itu, sebagai cadangan kerajaan seharusnya mengenakan pengecualian levi pelepasan ini kepada golongan pelajar sebagaimana yang diumumkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng di mana pengecualian dikenakan bagi mereka yang mengerjakan haji dan umrah buat kali pertama.
Jika pengecualian ini tidak dikenakan, penulis khuatir bilangan pelajar yang ke luar negara bagi tujuan ilmiah akan merosot sekali gus industri penerbangan negara semakin suram.

Selain itu juga, penulis juga berharap perkara ini mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak Kementerian Pendidikan agar cadangan pengecualian levi pelepasan bagi pelajar ini dapat dipertimbangkan.

Penulis merupakan Exco Korporat & Hubungan Luar, Majlis Perwakilan Pelajar USIM sesi 2018/19


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...