> UTARA > Pelajar Sains Kesihatan menang anugerah wakil Malaysia ke seminar Phnom Penh Kemboja
Pelajar Sains Kesihatan menang anugerah wakil Malaysia ke seminar Phnom Penh Kemboja
MOHAMAD ABDULLAH Isnin | 15 April 2019

PULAU PINANG – Pelajar Sarjana Muda Sains Kesihatan (Pemakanan) tahun 4 dari Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM Kampus Kesihatan Kelantan, Yong Zi Qing dipilih mewakili negara di The International Mine Awareness and Assistance in Mine Action Seminar di Phnom Penh Kemboja pada 4 April lalu.

Zi Qing diberikan tiket penerbangan, penginapan, makan dan elaun untuk menghadiri Seminar tersebut.

Zi Qing terpilih dalam kalangan lebih 500 permohonan yang diterima penganjur. Dari jumlah tersebut penganjur memilih 32 orang pelajar ijazah pertama berumur 18 hingga 25 tahun yang menghantar penyertaan terbaik berupa seni reka (artworks), esei, puisi, foto dan sebagainya. Tiga orang pelajar dipilih dari setiap negara ASEAN.

"Saya sangat bersyukur kerana terpilih mewakili USM dan negara kita serta mendapat tajaan sepenuhnya menghadiri seminar ini walaupun menghadapi saingan yang sangat sengit," kata Zi Qing.

International Mine Awareness And Assistance in Mine Action Seminar yang berlangsung pada 3-4 April 2019, dianjurkan oleh ASEAN Regional Mine Action Centre (ARMAC) melalui dana dari Kerajaan Norway, Kerajaan Thailand, Kerajaan Republik Ireland dan the Clearing for Results Project. Seminar ini bertujuan mempromosikan kesedaran terhadap bahaya perang dan jerangkap samar (Explosive Remnants of War - ERW) dalam kalangan generasi belia.

"Yang paling utama ialah seminar ini menyedarkan kami tentang pentingnya keamanan, kestabilan dan mempunyai ketahanan diri," katanya lagi.

Para peserta diberi peluang melawat National Centre for Peacekeeping Forces, Mines and ERW Clearance (NPMEC) Training School for Multinational Peacekeeping Forces dan merasai sendiri pengalaman berada dalam kancah perang dan bahaya jerangkap samar.

Mereka turut melawat pusat latihan vokasional untuk mangsa jerangkap samar terutamanya Orang Kelainan Upaya (OKU) yang dikendalikan oleh CMAA di samping mendengar pengalaman ahli-ahli panel forum.

Jerangkap samar masih mendatangkan bahaya di negara-negara bekas perang seperti Kemboja, Laos, Myanmar, Vietnam dan Thailand. "Walaupun Malaysia tidak terlibat namun berada dalam seminar ini dapat menyedarkan kita tentang bahaya perang, kecederaan kekal dan konflik panjang untuk dihindari seboleh mungkin," kata Zi Qing.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...