> PTSL cipta pembersih mikrofilem mudah alih pertama di Malaysia
PTSL cipta pembersih mikrofilem mudah alih pertama di Malaysia

BANGI – Portable Micro Clean (PMC) yang dicipta oleh pasukan kakitangan dari Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL) telah menjuarai Konvensyen Inovasi & Kreativiti, Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) ke-23 dengan menghasilkan inovasi proses mencuci mikrofilem yang pertama di Malaysia.

Produk inovasi yang dicipta oleh Kumpulan SAVE dari Unit Pemeliharaan dan Pendigitan, PTSL merupakan mesin untuk mencuci mikrofilem yang berbau dan bermasalah serta mempercepatkan proses penyelenggaraan bahan mikrofilem selain dapat mengawal mikrofilem daripada rosak kritikal.

Menurut Ketua Kumpulan SAVE, Mohd Hanif Zainal, PMC lebih mesra pengguna dan mudah diselenggara serta menjimatkan kos dari membayar khidmat pembekal luar untuk mencuci mikrofilem.

PMC lebih mesra pengguna dan mudah diselenggara serta menjimatkan kos.

“Penciptaan PMC ini mengambil masa setahun dan target pasaran adalah pembekal dan universiti awam.

“Hasil inovasi ini lebih ergonamik dan mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lebih selamat selain dapat meningkatkan kecekapan mencuci mikrofilem dari tiga gulung hingga 24 gulung selama satu jam,” katanya.

Konvensyen KIK adalah medium pengiktirafan dan penghargaan kepada warga UKM untuk mempersembahkan hasil inovasi dan kreativiti yang telah diusahakan sebelum ke peringkat konvensyen lebih tinggi seperti di MPC dan universiti awam.

Dalam majlis tersebut, turut diadakan juga Konvensyen [email protected] yang memberi tumpuan kepada mengenal pasti dan menghapuskan aktiviti yang tidak memberi nilai tambah kepada pelanggan dalam mana-mana proses.

Konvensyen [email protected] yang pertama kali diadakan itu telah mengangkat Kumpulan Protag dari Unit Katalog PTSL sebagai Johan.

Kumpulan Protag hadir dengan idea mempercepatkan masa memproses buku bermasalah kerana terdapat lambakan buku bermasalah yang masih belum diproses di stor unit dan juga di rak Koleksi Am, PTSL.

Fasilitator Kumpulan Protag, Hayatul-Azlah Ghazali berkata, keadaan rak padat dengan buku baharu bercampur dengan buku bermasalah masih banyak tidak dikeluarkan dari rak.

“Selain itu, buku bermasalah seperti tiada label dilihat berlambak di stor kerana staf lebih mengutamakan buku yang dibeli dan dihadiahkan oleh pihak luar.

“Dengan cara bekerja ini, sasaran masa memproses buku bermasalah dari 99.23 jam (empat hari) kepada 72 jam (tiga hari),” katanya.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...