> > UTM guna pendekatan Sulam bangunkan komuniti Pulau Tanjung Surat
UTM guna pendekatan Sulam bangunkan komuniti Pulau Tanjung Surat
NOR HIDAYATI MOKHTAR Isnin | 15 April 2019

KOTA TINGGI – Universiti Teknologi Malaysia (UTM), melalui kepakaran penyelidikan dan semangat 'Universiti Untuk Masyarakat’ telah menterjemahkan Service Learning Malaysia – University For Society (Sulam) dengan melaksanakan projek Pembangunan Komuniti, Eko Warisan Pelancongan di Pulau Tanjung Surat (PTS).

Sulam merupakan sebuah kaedah pembelajaran menggabungkan objektif pembelajaran dengan khidmat komuniti bertujuan memberi pengalaman pembelajaran yang menghubungkaitkan teori dan praktis dengan menyelesaikan permasalahan sebenar dalam komuniti dan berteraskan Love, Happiness dan Mutual Respect.

Objektif Sulam yang merupakan sebuah inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah untuk membolehkan mahasiswa menyumbang kepada komuniti umum melalui pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari di bilik kuliah atau makmal diaplikasikan bagi membantu menyelesaikan masalah setempat.

Menteri Pendidikan Malaysia, Dr. Maszlee Malik semasa merasmikan program tersebut berkata, Sulam diperkenalkan bagi meningkatkan kualiti pembelajaran untuk menghasilkan graduan yang holistik dan seimbang serta membantu komuniti menyelesaikan masalah setempat.

Gimik pelancaran program. (FOTO UTM)
“UTM mempunyai kepakaran yang pelbagai dari sudut teknologi dan saya difahamkan seramai lebih 200 orang mahasiswa dari pelbagai disiplin telah berkongsi kemahiran mereka dengan penduduk kampung dan komuniti di sini sejak November 2017 dengan membawa tema eko warisan pelancongan.

"Saya yakin dan percaya selepas pelancaran program ini, PTS akan mula dikenali di peringkat negeri dan akhirnya tercatat dalam peta dunia sebagai sebuah pulau eko warisan pelancongan di negeri Johor yang amat disayangi ini,” jelasnya.

Dr Maszlee bersama pelajar semasa melawat melawat 21st Century Classroom di SK Tanjung Surat. (FOTO UTM)

Sementara Naib Canselor UTM pula, Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid Omar berkata, pemilihan PTS sebagai lokasi adalah kerana keunikan pulau tersebut yang kaya dengan sejarah dan warisan yang telah dilupakan.

“Ia merupakan sebuah pulau yang dikelilingi ekosistem hutan bakau yang menarik dan boleh dijadikan kawasan pelancongan desa serta tempat berpusatnya sukan layar jong, sebuah permainan perahu layar kecil bagi orang Melayu di kawasan Kepulauan Riau pada tahun 40an namun semakin dilupai kini. Di pulau ini juga terdapat beberapa orang pakar membuat dan bermain jong yang telah mewakili negara dalam pertandingan jong di Singapura dan Indonesia,” katanya.
Dr Maszlee tidak melepaskan peluang mencanting batik. (FOTO UTM)

Pulau ini menurutnya lagi, secara keseluruhannya memberi peluang bagi pensyarah dan pelajar IPT untuk meneroka, menyelidik dan membuat pelbagai kajian.

UTM telah menjalankan pelbagai aktiviti di PTS sejak 2017 iaitu Galeri Warisan PTS, Taman Cendawan, Pembinaan 21st Century Clasroom, Taman Fertigasi dan Baja Kompos, Program Seni Batik Komuniti, Projek 'Rakit Stay', Program Pertukangan Simen Fero, Program Bakeri/Roti, Program Kesedaran Alam Sekitar, Pelan Perancangan Penunjuk pintu masuk PTS dan Program Kursus Kelulut.
Sebahagian hasil daripada projek kelulut. (FOTO UTM)

Kesemua projek ini mengetengahkan pelbagai kepakaran penyelidik dari UTM untuk meningkatkan sosioekonomi dan menyediakan persekitaran komuniti yang selesa dengan mengutamakan keperluan tempatan dan pelancong dalam misi untuk menjadikan pulau tersebut sebagai tempat pembelajaran sejarah dan warisan, landskap budaya dan alam semula jadi.

Melalui projek ini diharap penduduk di PTS boleh sama-sama mengambil peluang mempelajari dan berkongsi ilmu dan kemahiran dengan pelajar dan pensyarah yang terlibat dalam projek Sulam di sini agar matlamat program dapat dicapai bersama.

Objektif utama projek ini adalah untuk membangunkan PTS sebagai sebuah Kawasan Eko Warisan Pelancongan yang mampan dengan mengambil kira aspek pembangunan ekonomi, sosial dan persekitaran.

Antara yang diusahakan, projek tanaman cendawan. (FOTO UTM)
Pembangunan ini juga akan menonjolkan PTS sebagai wilayah eko warisan pelancongan yang terkenal di peringkat tempatan dan global, khususnya di bahagian tenggara Johor.

Ia turut mengambil kira aspek sejarah dan warisan PTS, budaya tempatan dan juga pemeliharaan dan penonjolan aset warisan bakau, landskap pantai dan alam semula jadi lain sebagai daya tarikan pelancongan.

Projek ini merupakan anjuran beberapa pusat dan fakulti di UTM bersama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Tanjung Surat dengan bantuan Kejora, Pihak Berkuasa Tempatan Pengerang, Yayasan Warisan Johor dan Persatuan Sejarah Johor. IPT lain yang turut terlibat sama adalah Universiti Teknologi MARA Pasir Gudang serta Institut Sains Dan Teknologi Darul Takzim (INSTEDT).


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...