> > USIM iktiraf ahli KUP ISI terbit artikel kategori A dan B
USIM iktiraf ahli KUP ISI terbit artikel kategori A dan B
DR FARHANA SABRI Selasa | 16 April 2019

NILAI - Institut Sains Islam (ISI) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bertindak proaktif dengan mengadakan majlis penghargaan khas kepada ahli penyelidik KUP di atas kecemerlangan mereka yang berjaya menerbitkan artikel untuk kategori A dan B pada tahun 2018.

Majlis yang diadakan di Lounge Eksekutif, Aras 6, Bangunan Canselori USIM ini merupakan pertama kali dianjurkan oleh ISI untuk menghargai 28 ahli penyelidik tetap KUP di atas kejayaan mereka menerbitkan artikel penyelidikan di jurnal bertaraf Web of Science (WOS) dan Scopus.

Menurut Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) USIM, Prof Datuk Dr Roshada Hashim, USIM memerlukan penyelidik yang aktif untuk membantu USIM dalam meningkatkan jumlah penerbitan artikel di jurnal yang berimpak tinggi. Ini kerana, dengan penerbitan artikel yang mempunyai impak ini membantu USIM untuk lebih dikenali terutama dalam bidang-bidang penyelidikan utama yang diterajui USIM.

Pada masa yang sama, majlis itu juga telah menjadi platform kepada ahli penyelidik KUP untuk berkongsi pandangan dan hasrat KUP dengan TNCPI USIM yang mana setiap KUP berpeluang membentangkan Road map dan Strategic Planning 2019 -2019 KUP masing-masing kepada TNCPI USIM. Pengarah ISI, Dr Mohd Azman Hashim berkata, dengan penganjuran majlis seperti ini, ia dapat memberi sokongan moral dan rangsangan kepada ahli KUP untuk terus membuat kajian dan menerbitkan hasil kajian yang berimpak tinggi dan seterusnya menyumbang kepada kelestarian KUP di ISI.

Prof Datuk Dr Roshada Hashim berucap memberi kata-kata penghargaan.

ISI kini mempunyai 42 ahli penyelidik tetap yang mewakili 7 Kumpulan Penyelidikan Utama iaitu – Asian Centre for Research on Drug Abuse (ACREDA), Ibnu Ummi Maktum (UMMI), Islam and Emerging Technology (ImET), Cybersecurity and System (CSS), Ibnu Haitham Centre of Islamic Technology, Green Science Technology (GST) dan Centre for Holistic Intelligence.

Sijil penghargaan kepada 28 ahli penyelidik tetap KUP diserahkan oleh Prof Datuk Dr Roshada Hashim.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...