> UTARA > Kecemerlangan akademik perlu seiring dengan kokurikulum
Kecemerlangan akademik perlu seiring dengan kokurikulum
MOHD ASWADI MUHAMAD Selasa | 16 April 2019

KULIM - Seramai 210 atlet Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) berkumpul meraikan kejayaan dalam bidang sukan sepanjang sesi pengajian Disember 2018 yang berlangsung di Dataran Sinar baru-baru ini.

Kecemerlangan pelajar dalam akademik harus diiringi dengan kokurikulum kerana kedua-duanya sama penting pada masa sekarang.

Timbalan Pengarah Akademik, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB), Mohd Zamre Ab Rahman berkata, pelajaran dan adalah sebahagian penentu masa depan pelajar dan pada masa yang sama mereka tidak boleh mengabaikan untuk bergiat aktif dalam kokurikulum.

“Tiada jalan pintas untuk seseorang itu mencapai kejayaan sebaliknya mereka perlu berusaha gigih, tidak kenal erti putus asa dan dapat menyeimbangkan pencapaian dalam akademik dan sukan bagi merealisasikan impian diri serta keluarga.
“Dalam pendidikan bukan sahaja proses pembelajaran akademik yang penting, pembelajaran dari segi riadah dan rekreasi juga sama penting dalam memastikan kecergasan dan kecerdasan minda pelajar untuk meneruskan sesi pembelajaran akademik yang lebih mantap,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Kesyukuran Juara Polylimpik 2019 Kontinjen Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM).

Tambah Mohd Zamre lagi, anugerah atau prestasi dimiliki ini menjadi bukti bahawa mereka adalah graduan yang kompetitif, mempunyai kelebihan berbanding graduan lain dan memiliki portfolio kukuh untuk dilihat sebagai individu berdaya saing.

Bicara sampai penuh makna yang perlu dikupas.

“Anugerah diperoleh pelajar meletakkan mereka dalam kelompok graduan yang memiliki nilai tambah, seterusnya mampu menghasilkan idea atau inovasi berasaskan pengetahuan tinggi apabila menceburi sektor pekerjaan.

“Kecemerlangan dalam akademik dan kokurikulum akan memudahkan pelajar memasarkan diri sendiri dalam pasaran pekerjaan nanti. Ini juga bertepatan dengan misi Politeknik Malaysia iaitu melahirkan graduan yang mempunyai ciri-ciri holistik dan seimbang,” katanya.

Beliau berkata, setiap pelajar memiliki keupayaan dan peluang besar untuk menyerlah dalam akademik serta kokurikulum, sekali gus menggenggam anugerah kecemerlangan, asalkan memiliki azam yang disusuli usaha bersungguh-sungguh.

Katanya, sebagai individu, tiada siapa yang mahu berada di bawah dan sentiasa mahu menggapai kejayaan, namun dalam konteks pelajar mereka perlu sentiasa berusaha menonjolkan diri, memberi komitmen tinggi dan memperbaiki kelemahan.

Sebahagian atlit, tekun mendengar ucapan kupasan kokurikulum membantu melonjakkan akademik dari Timbalan Pengarah Akademik.

“Oleh itu, penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum di politeknik bukanlah usaha sia-sia, sebaliknya akan membantu mereka pada kemudian hari dalam menempuh cabaran yang lebih besar.

“Falsafah pendidikan negara amat jelas iaitu berusaha secara berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PTSB, Mohd Zamri Hamid berkata, sukan menjadikan institusi pendidikan tinggi sebagai pemangkin kepada pembangunan kecemerlangan sukan negara serta mewujudkan budaya bersukan di IPT ke arah memperkasakan modal insan seimbang dan berkualiti dalam pencapaian akademik dan penglibatan bidang sukan.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...