> > [email protected] UPM 2019: Wujudkan budaya membaca untuk generasi akan datang
[email protected] UPM 2019: Wujudkan budaya membaca untuk generasi akan datang
SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI Selasa | 16 April 2019

SERDANG – Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Datuk Dr Aini Ideris mahu mahasiswa alaf baru seharusnya lebih aktif dan progresif dalam aspek pembudayaan membaca.

Katanya, sebagai kelompok yang hidup dalam kitaran maklumat dan intelektual, mahasiswa perlu mewujudkan satu budaya ilmu yang terpimpin dan menjadi ikutan generasi seterusnya.

Dr Aini (tengah) merakam kenangan bersama-sama tetamu jemputan.

Menurutnya, trend membaca dalam kalangan mahasiswa lebih fokus dan menjurus kepada bidang pengajian yang diikuti.

“Seleksi bahan-bahan bacaan pula lazimnya terhad kepada lingkungan bidang pengajian tersebut. Menjadi satu kerugian bagi mereka yang membaca sekadar untuk peperiksaan sahaja sedangkan hakikatnya ilmu itu adalah luas dan perlu diterokai untuk mempertingkatkan pengetahuan dan jati diri.
“Membaca daripada pelbagai sumber maklumat yang mencakupi pelbagai bidang merupakan kunci kepada penemuan ilmu baharu yang boleh membantu golongan mahasiswa menjadi proaktif dan berdaya saing bagi mendepani segala bentuk cabaran yang mendatang,” katanya.

Beliau berkata demikan ketika ucapan perasmian Majlis Pelancaran [email protected] UPM 2019 di Auditorium Jurutera Radin Umar, Fakulti Kejuruteraan UPM, di sini.

Dr Aini (depan) menurunkan tandatangan sebagai simbolik perasmian [email protected] UPM 2019.

Hadir sama, Ketua Pengarah Perpustakaan Negara, Datuk Nafisah Ahmad dan Ketua Pustakawan Perpustakaan Sultan Abdul Samad,Muzaffar Shah Kassim.

Dr Aini berkata, sebagai warga universiti seharusnya menjadi agen penggerak kepada kempen membaca ini supaya sikap membudayakan ilmu dapat diterapkan bukan sahaja kepada warga kampus, tetapi kepada masyarakat luar.

“Kita perlu terlibat secara aktif dalam setiap program dan aktiviti yang telah dirangka agar hasrat dan matlamat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara membaca menjelang 2030 dapat direalisasikan,” katanya.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...