> ISU > Graduan belum dapat kerja? PROTÉGÉ kan ada...
Graduan belum dapat kerja? PROTÉGÉ kan ada...
NORHAYATI ALLI Selasa | 16 April 2019

SABAN tahun, jumlah lepasan sekolah mahupun institusi pengajian tinggi (IPT) semakin bertambah sedangkan peluang pekerjaan pula semakin menipis disebabkan pelbagai cabaran melibatkan industri mahupun keperluan tenaga kerja fizikal itu sendiri.

Antara sebab lain juga sama ada tidak memenuhi kriteria, kelayakan bidang kerjaya tersebut mahupun kurang kemahiran.

Justeru, pelbagai inisiatif telah diwujudkan bagi membantu masalah dihadapi generasi masa kini khususnya dalam kalangan belia tempatan yang kebanyakannya juga adalah lepasan sekolah dan IPT.

Antaranya ialah menerusi program Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs (PROTÉGÉ) yang dilancarkan Kementerian Pembangunan Usahawan pada Januari lalu.

Pelajar lepasan sekolah dan universiti sedang mencari pekerjaan ditawarkan menyertai program keusahawanan ini dalam usaha melahirkan ramai usahawan yang kompetitif dan bersedia memasuki pasaran global.
Melalui program ini, graduan turut dilatih menjadi usahawan. (Gambar sekadar hiasan)

Lapan komponen program peluang graduan ceburi perniagaan

PROTÉGÉ merupakan program latihan keusahawanan dan kebolehpasaran bagi membentuk dan membimbing para belia dengan kerjasama pakar industri dalam usaha melahirkan lebih ramai usahawan yang kompetitif.

Ia sebagai persediaan ke pasaran global serta menjadi pencari kerja yang berkemahiran bagi memenuhi keperluan industri semasa.

Menurut Ketua Sekretariat PROTÉGÉ, Norashikin Ismail, program ini bukan sahaja memfokuskan kepada lepasan universiti, malah juga sebagai persediaan untuk pelajar yang tamat persekolahan.

NORASHIKIN ISMAIL

“Terdapat lapan komponen di bawah program ini yang diketengahkan kepada graduan. Ia membuka peluang graduan menceburi perniagaan, selain mencari pekerjaan yang pada masa kini sangat terhad,” katanya selepas pelancaran Karnival Kerjaya University to Industry di Universiti Malaysia Pahang (UMP) Kampus Gambang, baru-baru ini.

Faedah program

Lapan komponen program di bawah program ini ialah PROTÉGÉ Uni-preneur (terbuka kepada pelajar tahun akhir: Diploma dan Ijazah); PROTÉGÉ - Business Accelerator (Diploma, Ijazah dan ke atas); PROTÉGÉ - In Innovation (Diploma, Ijazah dan ke atas); PROTÉGÉ - Booster (terbuka kepada Ijazah dan ke atas) dan PROTÉGÉ - Ready to Work (RTW) (Diploma, Ijazah dan ke atas) serta PROTÉGÉ - Entrepreneurship Intern; PROTÉGÉ - Co-op dan PROTÉGÉ - For Industry yang terbuka kepada semua.

“Salah satu program yang kita jalankan ialah latihan kebolehpasaran yang mana peserta ditempatkan di syarikat-syarikat swasta atau GLC selama lapan bulan sehingga 12 bulan.
“Seperti di UMP, kita juga bawakan syarikat yang ingin menawarkan tempat kepada graduan UMP dan inilah masanya pelajar mengambil bahagian memulakan jaringan dengan syarikat yang ada,” katanya.
Sebahagian mahasiswa yang hadir di Karnival Kerjaya 'University to Industry' di UMP Kampus Gambang, baru-baru ini.

Di samping mendapat latihan kebolehpasaran dan keusahawanan, faedah lain kepada peserta ialah elaun bulanan minimum RM2,000 bergantung kepada program.

Terdapat juga peluang perniagaan yang konklusif dan berdaya saing serta tidak kurang penting, mendapat bimbingan dan nasihat daripada usahawan berpengalaman.

FAEDAH KEPADA GRADUAN

Gambar hiasan

*Mendapat latihan kemahiran insaniah (Soft-skill Training) dan latihan di tempat kerja (On-The-Job Training) berserta elaun bulanan yang ditaja oleh pihak syarikat.

*Pendedahan dan pengalaman kerja di syarikat-syarikat terkemuka yang terdiri daripada pelbagai sektor di seluruh Malaysia.

*Meningkatkan nilai kebolehpasaran graduan di dalam pasaran pekerjaan sebagai calon yang berpotensi untuk diambil bekerja kerana telah dilengkapi dengan latihan komprehensif semasa di program PROTÉGÉ.

*Meningkatkan keyakinan diri dan kebolehpasaran para graduan untuk mendapat pekerjaan sama ada di syarikat yang melatih atau syarikat-syarikat lain.

SUMBER: PROTÉGÉ


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...