> SEL KL > ICE 2019: Peluang terbaik teroka perkembangan isu terkini dalam pendidikan
ICE 2019: Peluang terbaik teroka perkembangan isu terkini dalam pendidikan
NORHAYATI ALLI Selasa | 16 April 2019

KUALA LUMPUR - Persidangan Antarabangsa Pendidikan (ICE) 2019 merupakan platform Universiti Terbuka Malaysia (OUM) untuk bertukar idea mengenai tiga sub-tema yang dibentangkan para pembentang daripada institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan dan luar negara.

Persidangan selama dua hari dengan tema Pendidikan Abad ke-21 ini memfokuskan kepada Inovasi dan Teknologi dalam Pendidikan; Penilaian Abad ke-21; serta Akses Pendidikan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat.

Canselor OUM, Tun Jeanne Abdullah dalam ucapannya menyatakan keyakinan persidangan ini akan memberi peluang yang cukup untuk semua peserta berkongsi pendapat mengenai isu-isu berkaitan pendidikan abad ke-21.

“Perbincangan anda selama dua hari ini diharapkan dapat memberi inspirasi dan idea-idea bernilai yang boleh memberi kesan positif, sama ada untuk diri sendiri, pekerjaan, institusi atau negara,” katanya ketika merasmikan ICE 2019 yang disertai hampir 150 ahli akademik, pensyarah dan pembuat dasar dari Malaysia serta negara-negara seperti Mongolia, Hong Kong, Sri Lanka dan Ghana.
Bergambar bersama sebahagian wakil IPT serta pembentang tempatan dan luar negara.

Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pengarah OUM, Tan Sri Lee Lam Thye.

Dalam pada itu, Tun Jeanne turut menyentuh berkaitan kemajuan pesat dalam pembelajaran terbuka dan jarak jauh (ODL) terutama di OUM selama dua dekad yang lalu.

“Sebagai salah satu inisiatif pendidikan tinggi yang paling penting di negara ini, ODL memainkan peranan penting dalam mendemokrasikan pendidikan dan menyediakan peluang kepada mereka daripada latar belakang berbeza, terutama kalangan dewasa bekerja, untuk belajar sambil bekerja,” katanya.

Terdahulu, Presiden ICE 2019 merangkap Naib Canselor, Datuk Dr Mansor Fadzil dalam ucapan pembukaannya berkata, OUM tidak hanya berpegang kepada pendekatan mencuba dan kaedah yang diuji.

“Sebaliknya, kami membuang klise dan mencari cara baru untuk meningkatkan ketersediaan, aksesibiliti, fleksibiliti dan kemampuan pendidikan tinggi. Kami melakukan tahap terbaik untuk memastikan kelenturan dan kemudahan dalam program ditawarkan, penyampaian program dan juga perkhidmatan sokongan yang kami sediakan,” jelasnya.

Dalam persidangan ini, antara pembentang kertas kerja ialah mantan Rektor Universitas Terbuka Indonesia, Prof Ir Tian Belawati yang menyampaikan ucaptama mengenai tamadun dan pembelajaran sepanjang hayat serta pakar e-pembelajaran dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Dr Rozhan Mohammed Idrus.

Gimik pelancaran oleh Tun Jeanne sambil diperhatikan Lam Thye dan Dr Mansor.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...