> SEL KL > Dr Mahathir terima ijazah kehormat pengurusan perniagaan
Dr Mahathir terima ijazah kehormat pengurusan perniagaan
BERNAMA Selasa | 16 April 2019

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ilmu pengetahuan akan menjadi sia-sia, malah akan memusnahkan jika ia tidak diiringi dengan nilai-nilai benar.

Perdana Menteri mengambil perhatian bahawa seseorang yang terdidik bukan saja seorang yang bijak tetapi juga mempunyai kebolehan membezakan antara yang benar dengan salah, serta yang baik dengan yang buruk.

“Mengejar ilmu mestilah menjadi usaha seumur hidup, dan yang lebih penting ia perlu diperlengkap dengan nilai dan peribadi yang benar,” katanya dalam ucapan permulaan pada konvokesyen Asia School of Business (ASB) Class 2019 di sini kelmarin.

Pada program itu, Dr Mahathir menerima ijazah doktor kehormat dalam Business Management daripada presiden, pengasas dan dekan ASB, Professor Charles Fine.

Sejumlah 40 orang menerima ijazah Master of Business Administration.

ASB adalah sebuah global business school diasaskan oleh Bank Negara Malaysia dan Massachusetts Institute of Technology (MIT) Sloan School of Management di Amerika Syarikat. - Bernama


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...