> JOHOR > Prihatin rintihan mahasiswa tak cukup makan, Bank Makanan Siswa sasar 20 universiti tahun ini
Prihatin rintihan mahasiswa tak cukup makan, Bank Makanan Siswa sasar 20 universiti tahun ini
WARTAWAN SINAR HARIAN Selasa | 16 April 2019

SKUDAI - Lebih 20,000 mahasiswa daripada golongan B40 di beberapa universiti awam bakal menerima bantuan makanan untuk meringankan beban keluarga tahun ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Muez Abd Aziz berkata, bantuan langsung melalui Program Bank Makanan Siswa itu adalah inisiatif kerajaan bagi membantu mahasiswa berdepan kos sara hidup yang tinggi.

“Untuk tahun ini kita rancang untuk masuk ke semua universiti awam dan kita sasarkan 20 universiti. Program ini boleh dimanfaatkan lebih kurang 20,000 mahasiswa seluruh negara. Kalau lebih, lagi bagus. Apa yang penting mahasiswa terima manfaatnya.

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ini yang kelima selepas Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Malaya (UM),” kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Program Bank Makanan Siswa UTM di sini, semalam.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ismail Bakar (dua dari kiri) menyampaikan bantuan makanan kepada wakil penerima pada Majlis Perasmian Bank Makanan Siswa UTM, semalam.

Dalam program Bank Makanan Siswa UTM itu, seramai 200 mahasiswa UTM daripada golongan B40 akan menerima makanan siap masak setiap minggu dan bekalan makanan seperti biskut, roti dan air mineral yang boleh diambil di pantri makanan disediakan.

“Buat permulaan 200 pelajar dahulu yang betul-betul susah di sini (UTM). Ada ayah kerja petani, anak yatim dan keluarga susah. Sedikit sebanyak dapat bantu mereka yang kurang bernasib baik ini mengurangkan beban ibu dan bapa,” katanya.

Muez berkata, inisiatif itu selaras dengan rintihan mahasiswa di ibu kota sebelum ini yang dilaporkan terpaksa mengikat perut.

“Ya, ada kaitan dengan rintihan pelajar yang tak cukup makan, kos sara hidup yang tinggi. Jadi, ini satu cara untuk tangani kos sara hidup mereka. Cepat dapat, hasil terus dan impaknya besar kepada mahasiswa,” katanya.

Reaksi mahasiswa

MUHAMMAD BADRUL AMIN

"Saya dapat jimatkan wang perbelanjaan harian dan pada masa sama dapat makanan yang sihat. Sebulan untuk makan saya belanja RM300 jadi saya dapat jimat separuh”. - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kejuruteraan Mekanikal UTM, Muhammad Badrul Amin Abdul Rashid, 22.

PAVITRA SARAVANABAVAN

"Selalunya setiap hari saya berjimat dengan beli makanan tengah hari yang dibahagi dua untuk makan waktu malam sekali dalam RM7 atau saya beli roti. Dengan bantuan Bank Makanan Siswa ini saya dapat jimat duit sedikit untuk keperluan lain”. - Sarjana Muda Kejuruteraan Bio Perubatan UTM, Pavitra Saravanabavan, 22.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...