> PERAK > Kerajaan Perak rancang kerjasama dengan UPM
Kerajaan Perak rancang kerjasama dengan UPM
SAIFULLAH AHMAD Selasa | 16 April 2019

IPOH - Kerajaan Perak sedia bekerjasama dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam usaha menangani isu berkaitan penternakan di negeri ini.

Exco Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia Perak, A Sivanesan berkata, satu mesyuarat telah diadakan bersama-sama dekan dan pegawai kanan UPM, semalam bagi membincangkan perkara tersebut.

Katanya, Perak merupakan pengeluar utama daging ayam, itik dan babi di negara ini malah antara isu yang menjadi tumpuan adalah masalah lalat.

“Salah satu kita bincang masalah gangguan lalat hasil daripada ternakan ayam. Kita sudah bertahun-tahun mencuba untuk mengatasi masalah lalat ini tetapi sehingga hari ini tidak berjaya dan pihak UPM mempunyai kepakaran melalui Fakulti Veterinar mereka.

“Jadi mereka bersetuju untuk membantu kerajaan negeri dengan projek kolaborasi bagi menangani masalah ini,” katanya.

Sivanesan berkata, perbincangan turut dibuat berkaitan perhutanan untuk menanam semula pokok di negeri ini.

Katanya, kerajaan negeri juga ingin bekerjasama dengan Fakulti Alam Sekitar UPM untuk menjalankan kajian bagi mengawal pencemaran sungai di negeri ini.

Beliau berkata, pihak UPM akan membuat kertas kerja mengenai cadangan kerjasama itu dalam masa dua minggu sebelum kerajaan negeri membuat keputusan.

Menurut Sivanesan, UPM sebelum ini pernah bekerjasama dengan kerajaan Pulau Pinang, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan.

Delegasi UPM yang diketuai Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Aini Ideris turut bertemu Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu di Pejabat Menteri Besar Perak.

Ahmad Faizal (lima dari kiri) menyampaikan cenderahati kepada Dr Aini yang berkunjung ke pejabatnya, semalam.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...