> Inovasi board game HiREG adaptasi sirah hijrah nabi
Inovasi board game HiREG adaptasi sirah hijrah nabi
ROZER MASUDIN Selasa | 16 April 2019

MERLIMAU – Sekumpulan staf Politeknik Merlimau yang terdiri daripada seorang Pegawai Psikologi dan dua pensyarah Jabatan Pengajian Am Politeknik Merlimau telah menghasilkan inovasi papan permainan yang dinamakan Hijrah Rasulullah Education Board Game (HiREG). Mereka ialah Mohamad Hasbullah Mustafa, Mohamad Faizal Ahmat dan Mohd Faizal Md Pesa.

Menurut Mohamad Hasbullah, HiREG merupakan satu bentuk permainan didik hibur yang pertama seumpamanya dihasilkan melalui adaptasi hijrah Nabi Muhammad SAW serta penghasilannya berdasarkan buku Figh-Al Hijrah yang ditulis oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohammad Al Bakri.

“HiREG menceritakan tentang peristiwa agung Rasulullah SAW berhijrah dari Kota Mekah ke Kota Madinah. HiREG yang dilengkapi dengan pelbagai maklumat seperti Kad Tokoh, Kad Ibrah, Kad Uji Minda dan Kad Amal merupakan satu alat alternatif mendidik pemain agar memahami peristiwa hijrah Rasulullah SAW dengan lebih berkesan dan interaktif,” katanya.

Hasbullah menunjukkan kaedah permainan HiREG kepada Mufti Wilayah Persekutuan.

Ketika pertemuan 3 penyelidik ini bersama Datuk Seri Dr Zulkifli, Mufti ini turut menyatakan ucapan tahniah atas penciptaan papan permainan seumpama ini dengan mengambil panduan buku yang dihasilkan olehnya sendiri.

“Syabas dan tahniah saya ucapkan buat 3 staf Politeknik Merlimau yang berjaya menterjemahkan kitab kecil saya yang dinamakan Fiqh Al-Hijrah untuk menjadi sebuah permainan 'board-game' yang amat menarik dan penuh interaktif. Semoga usaha baik ini bermanfaat buat semua lapisan masyarakat,” katanya kepada hadirin yang hadir ke Serkam, Melaka baru-baru ini.

Sambutan HiREG daripada pengunjung.

Ucapan tersebut juga turut diulangi oleh Mufti dalam posting terkini beliau di laman sosial facebook.

Dalam perkembangan lain, HiREG juga telah berjaya memenangi pingat emas dalam pertandingan Innovation Product Launching and Entrepreneurship (InnOPLEn) 2019 di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) Kuantan, baru baru ini.

Antara anugerah yang diterima hasil inovasi produk HiREG.

Ujar Hasbullah lagi, kekurangan bentuk permainan yang berbentuk ‘Islamic Education Board Game’ di pasaran, kaedah penyampaian yang sama kepada peristiwa hijrah iaitu melalui ceramah dan hasrat mencipta satu bentuk permainan seisi keluarga merupakan objektif besar kepada bagaimana terciptanya HiREG.

“Dengan sambutan baik yang diberikan oleh pengunjung semasa pertandingan di InnOPLEn 2019 terutamanya dalam kalangan pengunjung non-Muslim membuatkan HiREG mampu menjadi satu alat dakwah dan menjadi daya penarik kepada semua golongan untuk mempelajari dan memahami sirah nabi dengan lebih berkesan,” katanya lagi.

Beliau bersama 2 penyelidik bagi permainan ini bercadang untuk menyertai pertandingan inovasi bagi tujuan mendapat pengiktirafan sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...