> SEL KL > Ujian pembahas UiTM sebelum dinobatkan Juara Pertandingan Debat IPT 2019...
Ujian pembahas UiTM sebelum dinobatkan Juara Pertandingan Debat IPT 2019...
WARTAWAN SINAR HARIAN Selasa | 16 April 2019

BESTARI JAYA - Pasukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) A muncul juara Pertandingan Debat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2019, sekali gus membawa pulang Piala Dato Menteri Besar Selangor dan ganjaran wang tunai RM8,000.

Pasukan debat yang diketuai penuntut jurusan perundangan UiTM Shah Alam, Mohamad Azizi Hamil, 22, itu turut dinobatkan sebagai Pendebat Terbaik Keseluruhan.

Rakan sepasukannya, penuntut jurusan perundangan UiTM Shah Alam, Mohammad Syafiq Jebat, 22, turut dinobatkan Pendebat Terbaik Akhir dan dibantu seorang lagi rakan, Nurul Syafiqah Zamri, 22, dari fakulti sama.

Menurut Muhammad Azizi, kerja keras membahagikan masa antara kuliah dan menelaah pelajaran digunakan sebaiknya dengan kajian untuk persediaan berdebat dalam masa tiga minggu.

“Sebenarnya, nak masuk pertandingan ini pun kami kena hadapi ujian kerana lebih 40 penuntut seluruh negara mahu menyertainya dan hanya lapan peserta terbaik terpilih mewakili UiTM.
“Bagi saya, pertandingan ini cukup baik bagi memberi kesedaran kepada penuntut IPT mengenai revolusi Industri 4.0 dan dasar kerajaan dalam berdepan perubahan teknologi,” katanya ketika ditemui selepas penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari di Dewan Canseleri Universiti Industri Selangor (Unisel) Kampus Bestari Jaya, semalam.
Mohamad Azizi (tiga dari kanan) yang dinobatkan sebagai Pendebat Terbaik Keseluruhan menerima hadiah disampaikan oleh Amirudin.

Hadir sama, Naib Canselor Unisel, Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman dan ADUN Permatang, Rozana Zainal Abidin. Bagi Muhammad Syafiq, pihaknya juga berterima kasih kepada kerajaan negeri yang menganjurkan pertandingan seperti ini sekali gus memberikan pengalaman cukup berharga.

“Isu yang dibahaskan memberi kami membuat kajian yang menyeluruh sekali gus memberi pengetahuan baharu selain kesedaran sebagai penuntut untuk berdepan revolusi industri 4.0.
“Kejayaan ini juga sebagai bukti usaha keras kami menjalankan kajian terperinci untuk memberikan perbahasan terbaik sekali gus mengharumkan nama UiTM,” katanya.

Pasukan UiTM A berjaya menewaskan 41 pasukan yang bertanding melibatkan 27 IPT seluruh negara di Dewan Canselori Unisel Kampus Bestari Jaya, semalam.

Sementara itu, Amirudin berkata, penganjuran pertandingan ini cukup menguja dan pendebat ternyata membuat kajian terperinci mengenai isu yang dibahaskan.

“Perbahasan ini juga menguji dasar kerajaan negeri untuk dibincangkan dengan adanya idea yang boleh dikongsi secara tidak langsung menggalakkan budaya berfikir dengan sihat.

“Jika tahun sebelum ini, pertandingan ini dibuka kepada sekolah berasmara penuh dan mungkin akan dibuka kepada penglibatan sekolah harian... tapi kena tengok format dan bincang dengan Majlis Debat Universiti.

“Mungkin jika tiada halangan, mungkin untuk penganjuran akan datang akan dibuka untuk penyertaan lebih ramai termasuk sekolah harian,” katanya.

Amirudin (belakang, lima dari kanan) bersama pemenang Pertandingan Debat IPT 2019 di Dewan Canselori Unisel Kampus Bestari Jaya.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...