> MLK N.9 > Projek inovasi JP dan JKM dinobat yang terbaik sempena Perkaya Inovasi ke-18
Projek inovasi JP dan JKM dinobat yang terbaik sempena Perkaya Inovasi ke-18
ROZER MASUDIN Selasa | 16 April 2019

MERLIMAU – Politeknik Merlimau menerusi Unit Penyelidikan, Inovasi & Komersial (UPIK) bersama Jabatan Kejuruteraan Awam telah menganjurkan program Perkaya Inovasi kali ke-18 baru-baru ini bertempat di Dewan Platinum, Politeknik Merlimau.

Menurut Timbalan Pengarah (Akademik) Politeknik Merlimau, Rosita Zainal, kelainan yang ditampilkan pada kali ini ialah sebanyak 12 penyertaan daripada setiap jabatan induk Politeknik Merlimau yang menjadikan 60 penyertaan secara keseluruhannya.

“Projek inovasi yang dihasilkan para pelajar ini merangkumi 2 kategori iaitu Sains Sosial (reka cipta & penyelidikan) dan Sains Fizikal (inovasi). Sepanjang program ini berlangsung juga, terdapat aktiviti sampingan seperti jualan Foodtruck di hadapan Dewan Platinum.

“Tahniah diucapkan kepada kumpulan pelajar daripada Jabatan Perdagangan (JP) kerana memenangi Anugerah Projek Terbaik Kategori Sains Sosial iaitu Projek Guideline of Using Social Media as a Marketing Tools at Den Wahab Industries Sdn Bhd dianggotai Farah Ismahani Zaharudin, Nur Rabiah Mehat dan Dwiya a/p Muthu.

Dr Kamaruddin mencuba kerusi yang dicipta.

“Manakala bagi kategori Sains Fizikal telah dimenangi Jabatan Kejuruteraan Mekanikal(JKM) bagi projek bertajuk Lassroom Folding Chain dianggotai Rano Amerzad Razali, Yola Riska Syaiful dan Muhammad Nurfaiz Ridzuan,” ujarnya ketika ditemui di Dewan Platinum.

Projek daripada Jabatan Kejuruteraan Mekanikal tersebut iaitu kerusi lipat antara lain dapat dilipat dan disimpan dengan lebih efisien kerana menggunakan bahan (seperti plastik kanvas) yang memudahkannya dilipat tanpa mengambil ruang yang banyak.

Datuk Ir Othman menyempurnakan gimik perasmian Perkaya Inovasi kali ke 18.

Majlis penutupan tersebut telah disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Industri, Politeknik Merlimau, Datuk Ir Othman Abdul Rahim. Hadir sama Timbalan Pengarah (Akademik), Rosita Zainal dan Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik), Mohamad Nazri Ismail.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...