> > Kolej Kediaman Satria Tuah, UTeM anjur Seminar Motivasi dan Pemantapan Diri Mahasiswa
Kolej Kediaman Satria Tuah, UTeM anjur Seminar Motivasi dan Pemantapan Diri Mahasiswa
HAFFIZE RAMLI, UTEM Selasa | 16 April 2019

DURIAN TUNGGAL - Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Kediaman Satria Tuah, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menganjurkan Seminar Motivasi dan Pemantapan Diri Mahasiswa.

Program ini telah diadakan di Masjid Sayyidina Abu Bakar, Kampus Induk UTeM, Durian Tunggal.

Ceramah turut disampaikan oleh Timbalan Yang DiPertua Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Melaka, Zamzuri Abdul Majid. Pengarah Program, Muhammad Fakhran Che [email protected] berkata, tujuan program ini adalah untuk memupuk semangat kerohanian dan kemahiran insaniah dalam diri mahasiswa.

Jelas beliau, melalui program ini para pelajar dapat memperolehi ilmu dan pada masa yang sama mereka turut mendapat pengalaman dalam menganjurkan program sebegini.

“Kami sangat gembira kerana program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan mahasiswa,” katanya.

Sementara itu, Pengetua Kolej Kediaman Satria Tuah, Dr Al Amin Mohamed Sultan menyatakan program seperti ini perlu diadakan dengan lebih kerap bagi membina mahasiswa yang bersahsiah tinggi dan berkeperibadian unggul.

Katanya, program motivasi ini selari dengan konteks semasa agar para mahasiswa lebih terarah dan mendapat sokongan yang betul dalam membina diri.

Mahasiswa yang hadir ke program Inspirational Talk.
“Ia juga beraspirasikan UTeM dalam melahirkan mahasiswa yang bercirikan ikon kepahlawanan Tuah yang dilancarkan di UTeM iaitu berelemenkan tangkas, unggul, adaptif dan holistik,” kata Pensyarah Kanan di Fakulti Kejuruteraan Pembuatan, Al Amin.
"Melalui program ini para mahasiswa sentiasa dapat membuat refleksi diri supaya mereka tidak mudah leka dengan cabaran dunia masa kini," kata salah seorang mahasiswa, Sanjivan Karunakaran.
"Program motivasi sebegini adalah sangat penting dan penglibatan mahasiswa daripada pelbagai latar belakang, kaum dan agama menjadikan program ini lebih berjaya dan menjadi platform integrasi antara kaum," kata salah seorang ahli jawatankuasa program, Mohamad Aiman Hafizhan Mohd Zuki.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...