> > 150 peserta terima Sijil Pembimbing Ibadat Haji (SPIH) 2019
150 peserta terima Sijil Pembimbing Ibadat Haji (SPIH) 2019
NOORUMAINA MOHAMED YUNUS, USIM Selasa | 16 April 2019

NILAI – Lembaga Tabung Haji dengan kerjasama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang diterajui oleh Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) sekali lagi berjaya menganjurkan Program Sijil Pembimbing Ibadat Haji (SPIH) kali ke-10.

Seramai 150 peserta terdiri daripada 93 lelaki dan 57 peserta wanita berjaya menamatkan pengajian mereka yang berlangsung selama lima hari pada baru-baru ini.

Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup telah dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Prof Dato Dr Siddiq Hj Fadzil.

Prof Dato Dr Siddiq Hj Fadzil..

Turut hadir Pengurus Besar Lembaga Tabung Haji, Haji Mohd Sawal Abong, Pengurus Besar Pengurusan Haji, Haji Nurrin Anuwar Shamsuddin, Pengarah Tabung Haji Negeri Sembilan, Haji Khairoddin Ahmad, dan Pengurus Kanan (Pembangunan Haji), Tuan Haji Mohd Zawawi Bostam

"TH mendukung inisiatif Key Performance Indicator (KPI) di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Gagasan Pentadbiran Islam di Era Malaysia Baru yang telah dilancarkan pada 7 Januari 2019, dimana kluster ke lima (5) Pengurusan Haji, meningkatkan model pengurusan Haji menjadi no. 1 di dunia dan program pengajian SPIH menuju objektif untuk mendapatkan keseragaman mutu perkhidmatan Pengkursus Ibadat Haji Tanah Air (PEKTA)," kata Pengurus Besar Kanan, Jabatan Haji, Datuk Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
"Perkara itu akan melayakkan mereka menjadi Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci (PIHTAS) melalui latihan formal dan professional dikendalikan sebuah institusi pendidikan tinggi berasaskan pengajian Islam melalui teknik terkini bagi membimbing bakal haji di tanah air dan di tanah suci," katanya.
“Sejak dimulakan pada tahun 2009, TH telah menguar-uarkan bahawa program ini akan menjadi pra-syarat kepada Pengkursus Ibadat Haji Tanah Air (PEKTA) untuk bertugas sebagai Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci (PIHTAS). TH memutuskan bahawa, pra-syarat ini telah dikuatkuasakan mulai Musim Haji 1439H”, jelasnya lagi.

Manakala menurut Dekan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), Prof Madya Dr Faizal Kasmani, kelangsungan program pensijilan yang telah diadakan sejak tahun 2009 ini berkepentingan untuk melengkapkan para Pembimbing Ibadat Haji di Tanah Air dan di Tanah Suci dengan maklumat terkini serta kemahiran yang pelbagai.

Ia juga untuk memastikan kelestarian industri Haji dan Umrah di Malaysia serta memantapkan perjalanan ibadah Haji dan Umrah agar berjalan lebih efisien.

“Penyertaan kali ini merupakan tertinggi dari tahun-tahun sebelumnya dan sebanyak 14 modul pembelajaran yang disampaikan oleh pensyarah USIM, Ahli Penasihat Ibadat Haji (AJPIH) dan pegawai-pegawai TH yang berpengalaman”, kata Dr Faizal.
“Saya bersyukur dapat turut serta program ini, untuk menambahkan pengetahuan selain mendapatkan pemahaman yang lebih jelas mengenai hukum hakam dan kecelaruan semasa Ibadat Haji Umrah di Tanah suci”, jelas selaku penghulu SPIH, Muhammad Asyraf Amran.
ASYRAF

Beliau yang juga merupakan alumni USIM, berkhidmat sebagai Pengarah Bimbingan dan Latihan di Agensi Ustaz Harryanto Rizal Umrah Tour (UHR Travel & Tour Sdn Bhd) mengatakan modul dan pengisian program ini banyak mendedahkan secara teori dan praktikal kepada pembimbing Haji.

Khadijah Zahari, 33, gembira dan melahirkan rasa syukur kerana tidak sangka dipilih sebagai peserta Terbaik Wanita kerana ini merupakan kali pertama mengikuti kursus Pembimbing Ibadat Haji memandangkan beliau merupakan seorang akauntan dan tidak mempunyai latar belakang pendidikan pengajian Haji sebelum ini.

“Pengalaman menunaikan ibadah haji tahun lepas telah membuka minda saya apabila banyak belajar dan berhubung dengan pakar rujuk Tabung Haji berkenaan perihal hukum hakam semasa di Tanah suci," kata Khadijah Zahari.
"Justeru beliau turut menyatakan keperluan untuk pelapis muda untuk turut serta menyambung khidmat mereka kelak memandangkan kebanyakannya telah berusia. Dari situ timbul niat untuk turut serta timba ilmudan belajar dari awal," tambahnya.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...