> > Pupuk gaya hidup, FKEKK UTeM anjur Program Senamrobik
Pupuk gaya hidup, FKEKK UTeM anjur Program Senamrobik
HAFFIZE RAMLI, UTEM Selasa | 16 April 2019

DURIAN TUNGGAL - Persatuan Pelajar Kejuruteraan Elektronik dan Komputer, Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer (FKEKK), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menganjurkan Program Senamrobik FIT FKEKK.

Program ini telah diadakan di kawasan lapang berhampiran lobi FKEKK, Kampus Induk, Durian Tunggal, baru-baru ini.

Para pelajar dalam Program FIT FKEKK.

FIT FKEKK ini telah diketuai oleh Fairul Haziq Mohd Aris dengan penyertaan seramai 156 orang peserta di kalangan pelajar dan kakitangan FKEKK termasuklah ahli akademik, pengurusan dan professional.

Program ini turut dimeriahkan lagi dengan penyertaan daripada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) dan juga Dekan FKEKK.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) (berbaju hijau) bersama dalam program FIT FKEKK.

Menurut Dekan FKEKK, Prof Madya Dr Mohd Shakir Md Saat sewaktu ditemui selepas tamat program menyatakan bahawa program tersebut turut diadakan bertujuan untuk melahirkan pelajar dan kakitangan yang sihat tubuh badan, di samping memupuk kesedaran untuk mengamalkan gaya hidup sihat dalam diri pelajar dan kakitangan.

Dekan FKEKK (baju biru) turut bersama dalam memeriahkan program..
"Program seumpama ini turut membantu menanam nilai-nilai kesihatan serta memupuk semangat hormat- menghormati dalam diri pelajar dan kakitangan," katanya.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Prof Madya Dr Nurulfajar Abdul Manap mengulas bahawa menerusi program ini, warga FKEKK dan UTeM umumnya dapat menyemaikan rasa cinta terhadap UTeM dengan lebih mendalam seraya mengeratkan lagi hubungan di antara staf dan pelajar.

Menerusi program ini, nilai-nilai positif dapat digarap dalam kalangan peserta seperti menyedari mengenai kepentingan bersukan dan menjaga kesihatan bagi mencapai matlamat untuk menjadikan UTeM sebagai sebuah universiti yang gembira untuk bekerja dan belajar.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...